Rawatan penyakit endometriosis
Oleh kerana kebanyakan daripada
mereka yang bertemu doktor mengalami masalah ketidaksuburan telahpun
berulangkali gugur disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang
sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk mempercepatkan wanita
tersebut hamil, kerana keadaan hamil ini boleh mengawal pertumbuhan atau
menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. Kehamilan itu sendiri merawat
endometriosis daripada merebak.
Pembedahan untuk membuang
endometriosis
Jika terdapat pengumpulan darah yang
banyak dan busuk iaitu ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan kedudukan rahim
yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya
sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan
kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci
untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery
yakni tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena pertumbuhan
endometriosis.
Pembedahan
ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim yang terbalik dengan menjahit
rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the
uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian
sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan
keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada
saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga akan diperbetulkan
sekali.
Selain
daripada cara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan untuk
merwat penyakit ini. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan
di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya
ialah Primulut, Norculut atau lain-lainnya yang digunakan selama enam
hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat
ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk
menghentikan haid dan mengurangkan pertumbuhan endometriosis ini.
Dalam beberapa tahun yang lepas
terdapat ubat-ubatan terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dalam
bentuk berbagai jenama seperti Zoladex. Suntikan-suntikan tersebut agak
mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita
yang sedang putus haid. Kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil
Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian
seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga
merupakan satu kesan sampingan juga.