Translate

Friday 6 June 2014

Sukar Hamil kerana Fibroid

Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.
Apakah simptom yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:
Sakit semasa haid (senggugut)
Sakit belakang
Haid yang banyak
Sembelit
Kencing kerap
Keguguran yang kerap
Sukar mengandung
Bagaimana fibroid dapat dikesan?

Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.

Monday 26 May 2014

BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL

1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbokti wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakkan.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur bolih dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriata yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

10. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

Info by drhamidarshat

Thursday 15 May 2014

Tenangkan si kecil menangis


Anak saya sedang menangis. Apa yang harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai bagi dirinya dan anda.

1. Bedung bayi dan peluk dengan kuat. Bayi baru lahir menunjukkan kecenderungan untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim. Jadi anda ­mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan sama ada dia suka dibedung atau sebaliknya.

Ramai ibu dan bapa juga mendapati memeluk bayi rapat, terutama apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan.

PELUK erat bayi.

Sesetengah bayi pula mungkin berasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

2. Dapatkan ritma yang sekata. Di dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda yang juga satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi.

Bagaimanapun, bunyi lain yang teratur dan berulang juga boleh mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian.

Ramai ibu bapa mendapati bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut yang dapat membuatkan mereka tertidur.

Tapi awas, jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin terbabit.

3. Buai bayi. Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan dan anda mungkin dapati bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, sama ada dodoi sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.

Buaian khas bayi atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

4. Cuba kaedah urutan. Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya.

Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda.

Bayi yang menghidap kolik kadangkala rasa selesa jika perut mereka digosok dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya sudah mencuba membantu bayi yang cemas.

5. Biarkan dia menghisap sesuatu. Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh memberi ketenangan.

“Hisapan selesa” boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, perutnya lebih relaks dan membantu dia bertenang.

6. Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada diri anda. Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak tekanan dan kebimbangan bagi ibu bapanya.

Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri.

Mereka berasa tidak cekap sebagai ibu bapa yang menyebabkan bayi menangis tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda sudah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis dan anda pula sudah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya, tetapi tidak berhasil, sudah tiba masanya anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak putus asa.

Berikut beberapa cadangan:

• Tarik nafas panjang.

• Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa anda mendengar tangisannya.

• Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan tenangkan diri sendiri untuk 10 minit.

• Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda sekejap.

• Cari kumpulan ­sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi yang mana anda boleh berkongsi perasaan dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain mengenai cara untuk menangani tangisan bayi.

• Ingatkan diri anda ­bahawa bayi anda tidak mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima ­kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuatkan diri anda letih dengan mencari sebab tangisan, menyalahkan diri sendiri atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.

• Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Monday 28 April 2014

Petua mendapat zuriat Lelaki

Berikut adalah beberapa amalan atau panduan yang menggabungkan kaedah saintifik dan juga tradisional dalam mendapatkan anak lelaki. Namun, perlu diingatkan bagi penganut agama islam, mereka tidak boleh terlalu yakin dan percaya 100% kerana segalanya boleh berubah dengan keizinan Allah SWT. Sebagai manusia, kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan. Antara yang perlu dilakukan adalah seperi berikut:
 
Elakkan pengambilan makanan berasid
Jauhkan makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas selama dua bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
Disyorkan memakan makanan yang mengandungi lebih daging merah, makanan laut, buah-buahan dan juga makanan bergaram (bersodium)
 
Hubungan intim waktu subur
Persetubuhan dilakukan pada waktu subur, iaitu seawal 24 jam sebelum ovulasi atau sekurang-kurangnya 12 jam selepas tempoh itu.Kehadiran lendiri serviks yang kurang ebrasid dan keadaannya yang licin dapat membantu kromosom Y untuk sampai ke ovum dengan lebih cepat.
 
Cecair bertukar alkali
Menukar cecair faraj kepada alkali dengan melakukan douchingatau membasuh dalaman faraj dengan sejenis alat khas.20 ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang dua jam sebelum melakukan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) ini boleh dibeli di farmasi.
 
Posisi persetubuhan
Kedudukan suami di posisi atas dan isteri di posisi bawah semasa persetubuhan. Pastikan pancutan air mani jauh ke dalam faraj isteri. Ini membolehkan kromosom Y lebih agresif dan sperma bergerak pantas untuk bersenyawa dengan telur. Isteri perlu mencapai tahap kepuasan yang tinggi kerana cecair beralkali dihasilkan apabila isteri mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Keadaan yang beralkali itu akan merangsang pergerakan kromosom Y.

Thursday 20 February 2014

Bersalin Secara Normal

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Ada seorang mummy ingin kongsikan tip2 yg mungkin boleh menolong mummy2 yg akn bersalin... Amalkan semasa mengandung anak pertama.

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan
2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.
3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir ...kehamilan
4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri
5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.
6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.
7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.
8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.
9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.
10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.

Salah satunya seperti di bawah :

 1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.

JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA

"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala

Friday 31 January 2014

Lanjutan Promosi Krim LumiGlow

Salam semua untuk makluman Your Beauty Bizz telah melanjutkan lagi tarikh Promosi Lumiglow sehingga 31 March 2014

Harga Promosi

RM160 Sebotol
RM300 2Botol

Free Postage

PM/CALL/Whatsapp
0162009050