Translate

Showing posts with label Your Beauty. Show all posts
Showing posts with label Your Beauty. Show all posts

Wednesday 3 July 2013

Teknik Terbaik Lenyapkan Wajah Kusam








Antara masalah kulit wajah yang kerap dihadapi oleh seorang wanita ialah:

Kulit Kusam Dan Gelap

Penyebab:
Tompokan sel kulit mati kesan daripada metabolisme kulit yang kurang baik, proses penuaan serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan.

CARA MUDAH:
Gunakan krim yang mengandungi vitamin A seperti retinol, isotretinon, tretinoin yang ditambah dengan krim pemutih. Walaupun di kebanyakan negara bahan pemutih ini tidak boleh digunakan namun hydroquinon memberikan hasil yang terbaik untuk mengatasi masalah pigmentasi selain memutihkan kulit wajah tetapi jumlahnya tidak boleh lebih dari empat peratus. Antara produk pemutih lain ialah arbutin, kojic acid, ekstrak mulberry mahu pun vitamin C. Sebulan sekali lakukan chemical peeling dan glycolic acid. Penggunaan krim vitamin A mahu pun chemical peeling pada kulit sememangnya akan menimbulkan iritasi pada kulit tetapi ia merangsang pembentukan darah yang lebih baik, membuang sel-sel kulit mati dan memperbaharui sel-sel kulit. Namun perlu dilakukan secara berhati-hati pada kulit yang sensitif.
Peringatan:
Pemakaian hydroquinon harus dilakukan di bawah pengawasan pakar kulit untuk mengelakkan kesan sampingan.

CARA MODEN:
Rawatan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan rawatan laser seperti laser ablative (CO2), non ablative dan teknologi fractional. Laser merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit dapat menyerap nutrisi dengan lebih baik. Laser juga memiliki kepekaan terhadap sel warna atau pigmen kulit sehingga mampu memecahkan sel pigmen tersebut dan menjadikan kulit tampak lebih cerah.
Peringatan:
Untuk hasil yang lebih baik rawatan laser harus diikuti dengan rawatan di rumah yang bersesuaian dengan keadaan kulit.


Parut
Penyebab:
Bekas jerawat, bekas luka dan genetik

CARA MUDAH:
Penggunaan produk pengelupasan dan chemical peeling dengan glycolic acid dapat membantu memperbaiki keadaan parut sehingga ia tidak kelihatan terlalu dalam. Walau bagaimana pun rawatan chemical peeling perlu digabungkan bersama dengan rawatan mesin seperti mikrodermabrasi dan dermaroller. Chemical peeling berfungsi untuk membuang dan memulihkan sel-sel kulit mati. Selain itu mikrodermabrasi dengan sistem vakum dan kristalaluminium oxide mempunyai daya sedutan yang tinggi sehingga mampu mengangkat sel-sel kulit mati di permukaan kulit selain meratakan kontur kulit. Manakala dermaroller pula merupakan roll yang berisi jarum-jarum halus. Ia bertujuan untuk menimbulkan luka pada kulit sehinggga kulit bertindak balas bagi memperbaiki luka tersebut dengan meningkatkan nutrisi dan peredaran darah pada kulit. Langkah ini juga turut merangsang terjadinya natural collagen induction iaitu proses secara natural yang merangsang penghasilan kolagen dan keanjalan pada kulit tanpa merosakkannya.

CARA MODEN:
Suntikan botox mampu menyamarkan kedutan di sudut tepi mata dalam waktu yang singkat. Rawatan ini sekaligus mencegah timbulnya kedutan baru pada bahagian tepi mata. Selain itu juga ia merupakan bonus untuk eye lift kerana otot yang ‘dilumpuhkan’ sementara dengan suntikan botox akan mencegah turunnya alis. Hasilnya bahagian sekitar mata pun akan nampak lebih lebar.

Radiofrequency:
Kesan panas yang dirasai boleh merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit kelihatan lebih tegang.

Fractional CO2:
Fungsi rawatan ini ialah ‘mengambil’ lebihan kulit akibat kedutan kerana masalah kekeringan pada bahagian ini sehingga kedutan menjadi semakin pudar. Seeloknya rawatan ini dilakukan sebulan sekali.

Peringatan:
Mungkin wajah akan kelihatan merah dan lebam akibat kesan daripada suntikan yang dilakukan. Oleh itu pastikan langkah ini mendapat pemantauan dari pakar yang bertauliah.

Kulit Kendur
Penyebab:
Rosaknya kolagen dan elastin yang merupakan dua zat yang membuatkan kulit tegang dan anjal. Kerosakan ini boleh berlaku akibat dehidrasi, menipisnya dermis kerana proses penuaan mahu pun paparan yang berlebihan pada sinar cahaya matahari.

CARA MUDAH:
Sapukan krim yang mengandungi centella asiatica, urosolic acid dan tetrahydrocurcumin. Krim ini berfungsi untuk ‘menghapuskan’ enzim yang menjadi penyebab menurunnya kualiti kulit seperti collagenase dan elastase.

CARA MODEN:
Photo Rejuvenation Dikombinasikan dengan rawatan Fractional CO2 untuk merangsang penghasilan kolagen dan membuang lebihan kulit.

Thermage
Tenaga daripada frekuensi radio ini mampu menembusi lapisan dermis kulit, mengaktifkan kolagen dan merangsang jaringan baru sel kulit seterusnya membantu menjadikan kulit lebih segar dan muda. Rawatan Thermage berfungsi untuk menghantar tenaga frekuensi radio secara merata ke jaringan kulit yang dikehendaki.
Tenaga tersebut memanaskan kulit bahagian dalam sekaligus melindungi kulit bahagian luar dengan pendinginan. Pemanasan dan pendinginan secata
serentak ini membuatkan kulit bertambah tegang dan anjal serta merangsang pembentukan kolagen yang baru. Akhirnya kulit yang anjal, tegang dan halus akan
terhasil selain wajah tampak lebih muda.

Pigmentasi
CARA MUDAH:
Rawat masalah pigmentasi dengan krim hydroquinon dengan kadar kurang dari empat peratus atau whitening agent yang lain. Penggunaan hydroquinon perlu
dibantu dengan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA agar rawatan menggunakan hydroquinon ini menjadi lebih berkesan.


CARA MODEN:
Laser Q-Switch yang mampu menembusi hingga ke bahagian dermis kulit dan memecahkan sel-sel pigmen yang ada di dalamnya.
Peringatan:
Pigmentasi merupakan masalah yang sukar untuk diatasi. Kadang-kadang satu rawatan sahaja tidak mampu mengatasi masalah pigmentasi dan ia perlu
digabungkan dengan rawatan tertentu.

Pori-Pori Besar
CARA MUDAH:
Produk homecare. Lakukan perawatan wajah dengan menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA.

Mikrodermabrasi
Rawatan ini membantu proses penyingkiran kulit mati sekaligus meratakan kontur kulit dan perlahanlahan pori-pori pada wajah akan pudar. Rawatan ini perlu diulang sekurangkurangnya sebulan sekali hingga mendapat hasil yang maksimum.


Penyebab:
Otot di sekitar pori-pori kehilangan fungsi jaringan. Masalah ini berlaku disebabkan kebiasaan anda yang suka memicit jerawat atau terlalu kerap mencuci wajah dengan air panas/suam. Selain itu faktor genetik seperti kulit berminyak juga menyebabkan masalah ini berlaku.


CARA MUDAH
Produk homecare.
Lakukan perawatan wajah dengan menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA.

Mikrodermabrasi
Rawatan ini membantu proses penyingkiran kulit mati sekaligus meratakan kontur kulit dan perlahanlahan pori-pori pada wajah akan pudar. Rawatan ini perlu diulang sekurang-kurangnya sebulan sekali hingga mendapat hasil yang maksimum.

CARA MODEN:
Fractional CO2 mampu merangsang neokolagenisasi sehingga kulit lebih tegang, anjal dan pori-pori juga lebih mengecil.


Dagu Berlapis/Chubby
Penyebab:
Ada banyak penyebab yang berbeza sehingga wajah kelihatan tembam. Antara penyebabnya ialah lemak di bahagian pipi, otot yang kendur, stres, kurang rehat dan genetik.

CARA MUDAH:
Facial Massage
ialah facial yang dilakukan dengan urutan pada wajah yang bertujuan membantu meningkatkan metabolisme kulit dan perjalanan darah. Hasilnya selain wajah menjadi lebih tirus ia juga mampu meningkatkan kualiti kulit wajah.

CARA MODEN:
Suntikan botox dan radio frequency adalah rawatan moden yang boleh mengatasi masalah wajah chubby. Suntikan botox dilakukan pada tiga titik di sekitar tulang rahang untuk memberikan kesan tirus pada wajah manakala kesan panas yang dihasilkan daripada rawatan radio frequency dapat menghilangkan lebihan
lemak yang ada di bahagian pipi dan mengembalikan keanjalan kulit.


Lingkaran Gelap Bawah Mata
Penyebab:
Timbunan lemak di bahagian bawah mata yang menyebabkan rongga mata (septum) menjadi lemah sehingga menyebabkan septum bahagian lapisan atas lemak
menurun.

CARA MUDAH:
Sapukan krim mata atau serum mata untuk meningkatkan kadar elastik kulit di bahagian bawah mata. Sapukan krim dan serum ini pada waktu pagi dan malam dengan gerakan urutan di sekitar kelopak mata bagi melancarkan perjalanan aliran darah di bahagian tersebut.

CARA MODEN:
Radio Frequency
Merangsang penghasilan kolagen melalui haba panas yang dihasilkan.

Fractional CO2
Prinsip rawatan ini ialah menghilangkan lebihan kulit pada kantung mata dan iritasi yang terjadi akan merangsang pembaharuan kolagen sehingga kulit menjadi lebih tegang. Walau bagaimana pun lemak di dalam lapisan kulit akan tetap ada.

Blepharoplasty
Rawatan ini menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan laser CO2. Laser CO2 digunakan sebagai alat pemotong jaringan lalu lemak yang berlebihan dikeluarkan untuk menghilangkan kesan lingkaran gelap bawah mata. Siatan dilakukan dari dalam dan kesannya tiada sebarang luka di bahagian kulit (luar). Dengan laser CO2, pendarahan yang terjadi pun hanya sedikit, kesan lebam dan bengkak juga dapat diminimumkan.
Peringatan:
Untuk rawatan pasca terapi adalah disarankan untuk meletakkan ais pada mata, menekan kelopak mata dengan jari apabila terjadinya pendarahan, makan antibiotik untuk mencegah sebarang jangkitan selain ubat tahan sakit. Meski pun rawatan ini disahkan selamat namun dinasihatkan agar anda mendapatkan
konsultansi dengan doktor pakar kulit.

Terpulanglah kepada anda untuk melakukan rawatan yang sesuai. Semuanya terletak di tangan anda. Namun jangan
terlalu ghairah untuk melakukan sesuatu rawatan. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. 

 #Ingin cantik, keselamatan diri usah diabaikan!!

Tuesday 25 June 2013

Tips Berpantang



Mungkin ada yang memandang remeh berpantang selepas bersalin. Ada yang beranggapan itu sekadar pandangan kuno yang tak membawa apa-apa kesan besar pada diri. Namun dari pengalaman saya sendiri selepas melahirkan anak pertama dan kedua serta setelah keguguran, berpantang memang banyak kebaikan kepada kesihatan seseorang wanita. Semasa mula-mula keguguran, saya tak berpantang langsung, ambil segala makanan yang tak sepatutnya diambil. Akibatnya saya jatuh pengsan gara-gara makan jambu batu di dalam peti sejuk. Mula-mula rasa peluh dingin keluar satu badan, saya ingatkan dah nak mati hari tu. Kemudian macam ada angin yang tajam, menolak bahagian dalam rahim dan rasanya tersangatlah sakit. Suami saya bawa ke klinik, tapi belum sempat melangkah masuk berjumpa doktor saya rasa makin lama, makin sejuk dan akhirnya saya jatuh pengsan. Hampir seminggu lebih bahagian rahim rasa sakit mencucuk-cucuk. Sejak hari tu, saya mula berhati-hati selepas bersalin/keguguran takut perkara yang sama berulang lagi. Di sini saya kongsikan 7 tips semasa berpantang yang bagus untuk ibu-ibu amalkan.



 
Berpantang adalah penting untuk kesihatan ibu selepas bersalin.
 

1. Kawal pergerakan


*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.


*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.


*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.




2. Jaga pemakanan


*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembuh.


*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.


*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.




3. Amalkan mandian air rebusan herba


*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.


4. Berurut


*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.


5. Bertungku


*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.


6. Menyapu pilis


*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.

7. Minum jamu


*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.

CATALYST

VCO CATALYST
Virgin Coconut Oil
(Minyak Kelapa Dara)
.
.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0nB83JH829Gra3gk9bzy5NeljpQf_EHuy-Xe4SxxC5STW3AKS0rl1VamLGG8LLWNBZLyG1s5pbLHDHcN0onG-PvYUXCwc0Arrz8I0RuXv_PKsviQXbtotiGWjNqU8_wP6R6YHY9g9sA8/s1600/vco-capsules.gif

.
VCO CATALYST – Softgel
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiXM_VhJ7s3NPmdTjE-ohwnEvcaKEPfZxGMomxzd1A143XhMovGh9gK7t5TW7rlmDUT5Ozzs9kAy4IueEmsbDYLYjjeIfQWkxMZIV7A2aO4UNZkW6n4URR917pa48lToYVfOPTSYAT06o/s1600/vco-gel.jpg
60 softgels / 500 mg
Harga Promosi : RM 38.00
(Harga Sebenar : RM 39.90)
- Untuk belian yg lebih banyak sila email kami
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
.
VCO CATALYST - Liquid
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEir9gCN-Q0Xz7W6DxN4xVcwWDwoqUp-coC9zn288qvzBfInUbVgqh0vMHR1HzRP4Gu8n8pYqgdHhn45_3Eh-vC8C_RRQmqMJghTZhZByBO5DMQnGZUrScXKqMnbHqJydk64b_RqAclJI0c/s1600/catalyst-vco-liquid.jpg
120 ml
Harga Promosi : RM 38.00
(Harga Sebenar : RM 39.90)
- Untuk belian yg lebih banyak sila email kami
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
.
VCO CATALYST - VCO + Collagen
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSEnDb0QcB6V0gAdVwnOgfGL79lX3FnAcjoWc_D5UbzaTm3bWxiGksCU4ZCE355NkMVbmJ8tGCiQalrSbkcs_amPPP_V-I7z3uSYj7Zc8GBfrfU3UB9RoIHlSAhKkeVpyoSM6Q0h9Yj6Y/s1600/vco+collagen.jpg
15 sachets x 3 gram
Harga Promosi : RM 57.00 (Harga Sebenar : RM 59.90)
- Untuk belian yg lebih banyak sila email kami
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
Apa itu VCO Catalyst?
Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yg diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dlmnya dpt dikekalkan seasli-aslinya. Pakar2 merumuskan bahawa suatu kandungan yg terdpt dlm kelapa yg dipanggil lemak tepu dpt memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia, sbb itulah penduduk kepulauan pasifik begitu sihat dan mempunyai berat badan dan ketinggian begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung dan kanser.
Kesihatan Luaran :
  • Dapat membantu mengurangkan berat badan dgn meningkatkan angka metabolic
  • Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
  • Jika disapu, ia membantu mengurangkan infeksi, mencegah garis2 halus
  • Mencantik, menghaluskan dan menganjalkan pada kulit muka dan seluruh badan
  • Menghilangkan jerawat, jeragat dan parut pada kulit muka dan seluruh badan
  • Kulit muka tidak lagi berminyak
  • Lenguh2 dan sakit2 badan dpt dihilangkan
  • Anda akan kelihatan bertenaga dan bersemangat walaupon seharian bekerja
Kesihatan dalaman :
  • Meningkatkan daya tahanan fizikal dan mental
  • Melindungi tubuh drpd risiko kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, penyakit ginjal, hati dan lain2 penyakit
  • Gigi yg kuat dan melindungan serangan osteoporosis
  • Memperbaiki kandungan asid dlm rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami(wanita)
  • Mengatasi masalah monopos wanita
  • Mencegah dan membunuh virus keputihan, serta mengurangkan senggugut (wanita)
  • Menambahkan tenaga dalaman lelaki dan kelamin (wanita)
  • Membantu sistem penghadaman dan pencernaan
  • Membantu penyerapan vitamin2 dan asid amino
  • Membantu kesuburan wanita (hamil)
Kesan segera virgin coconut oil:
  • Melegakan pernafasan
  • Melawaskan Pembuangan Air kecil dan besar
  • Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh sel tubuh
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar
  • Mengurangkan kandungan lemak badan
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi
  • Mencepatkan penggantian sel2 mati dgn baru (kulit, jerawat)
  • Memusnahkan virus, bakteria, kulat dan cacing (keracunan mknan dan lain2)
  • Meningkatkan tenaga segera
Cara Pengambilan/Pemakanan VCO :
  • Boleh digunakan dengan 2 cara – Makan dan Sapu di muka.
  • 2 kali (2 biji kapsul setiap hari) boleh dimakan sebelum/selepas makan.
  • Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus
  • Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong
Testimoni
.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNbooDRALeCTis1662cjAEzalprGZxnAMZQr9_K61J_DqYB5DwthYHK6h6mX9CPn33neJtj6crcWV4QiUtHgeqmafhFg85jkiiDOOgTkB-9Ooe1rlSQeXESmIqnBM2OK0e9-XUzK5G-3E/s1600/catalyst-pimples-testimonial-2010.jpg
Problems : Pimples and Acne Problem
“Seriously im really appreciate ur product..it makes me more confident see my client without make up..now, i dont have pimples at my face just after 3 days taken your product..after this, i want to buy your Collagen to help reduce my scar..thank you catalyst!!”

DETOX FOOT PATCH

 


Penerangan Produk :
 
















Buang toxin semasa tidur. Pengajian perubatan Jepun telah mendapati rahsia cuka buluh(bamboo vinegar) yang mempunyai kefungsian penyembuhan dan detoksifikasi pada tubuh.Gunakan foot patch dengan melekatkan foot patch pada telapak kaki anda sebelum tidur dan proses detoksifikasi pada tubuh akan berlaku semasa tidur. Gunakan foot patch untuk pembuangan toxin dan dalam masa yang sama memberi kesihatan yang baik kepada anda!















Fungsi-fungsi produk ini :

-meningkatkan sirkulasi darah
-melangsingkan berat badan
-memperbaiki kesihatan badan
-meningkatkan kualiti tidur
-mencegah penuaan
-mencantikan kulit
-detokfikasi pada tubuh















Cara-cara memakai:

1.Buka pelekat.
2.Lekatkan bahagian yang bertulis di pelekat.
3.Pastikan bahagian yang berherba menghadap telapak kaki anda.
4.Masa penggunaan:minumum 4 jam, maksimum 8 jam .








Khasiat Bawang Putih (Allium Sativum)


Khasiat Bawang Putih (Allium sativum)



Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).


Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

 
Bawang putih / garlic




Garlic telah digunakan sejak turun temurun untuk tujuan kesihatan. Persoalannya adakah ia benar-benat berkesan sebagaimana yang dikatakan ? Antara penyakit yang dikatakan boleh dibantu dengan pengambilan garlic ialah penyakit cardiovascular system dan kanser.

Antara bahan aktif garlic ialah :

alliin – dalam garlic yang segar
allicin
diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil garlic)
ajoeneGarlic juga mengandungi pelbagai bahan yang lain. Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam garlic termasuklah selenium (sejenis anti-oksident), kalsium, vitamin B, C dan sebagainya.

CVD (Cardiovascular disease)

Garlic telah didapati membantu dalam perkara-perkara ini :

mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan triglycerides (lemak di dalam darah). Garlic juga mungkin meningkatkan kolesterol baik (HDL). Bagaimanapun ada kajian mendapati kandungan kolesterol menjadi bertambah tinggi selepas pengambilan garlic. Ini adalah disebabkan kolesterol yang telah melekat di saluran darah (atherosclerosis) dikikis oleh garlic dan kolesterol ini masuk ke dalam saluran darah. Ini membuktikan keberkesanan garlic dalam mengurangkan atherosclerosis – sila lihat di bawah.
mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku (blood clot). Pembekuan darah adalah tinggi disebabkan cara hidup moden seperti kerana pencemaran udara, merokok, tekanan perasaan kerana kerja dsb, pemakanan yang banyak lemak dsb.
membantu mencairkan blood clot yang sedia ada. Ini mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (stroke).
mengurangkan berlakunya proses atherosclerosis.
mengurangkan tekanan darah. Ia berlaku kerana beberapa sebab :
garlic membuang bakteria yang tidak baik dari usus. Bakteria ini boleh menyebabkan tekanan darah naik.
garlic mempunyai kesan diuretik iaitu pembuangan air dari badan. Ini menurunkan tekanan darah.
garlic menyebabkan prostaglandins (sila lihat rencana mengenai evening primrose oil) meregangkan (relax) saluran darah dan ini juga mengurangkan tekanan darah.Antara produk lain yang baik untuk pesakit CVD ialah Lecithin, Vitamin E dan Minyak Ikan (mengandungi EPA dan DHA).

Kanser

Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.
Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.
Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.

Kelebihan-kelebihan lain

Garlic sering diambil bersama-sama Horseradish untuk merawat masalah resdung, selsema dan sinus.
Garlic memperbaiki penghadaman anda. Ia berupaya membunuh bakteria yang tidak baik di dalam perut dan usus.
Garlic membantu bagi mereka yang bermasalah membuang air (sembelit).
Sulfur di dalam garlic mempunyai ciri-ciri antibiotik dan antifungus dan ini baik untuk masalah kulit seperti psoriasis dan jerawat.
Garlic telah digunakan dengan jayanya dalam masalah rheumatoid arthiris (sakit sendi).
Garlic baik untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh mengurangkan kadar gula.Salah satu bahan aktif garlic, ajoene, didapati berupaya menghalang pencernaan lemak dengan membantutkan tugas enzim lipase, iaitu enzim yang bertugas memecahkan lemak sebelum ia diserap. Oleh itu lemak tidak diserap. Bagaimanapun kajian tersebut dijalankan secara in vitro (in vitro bermakna di luar badan manusia). Pembantutan tugas lipase adalah cara bekerja sejenis ubat kurus yang terbaru di pasaran (Xenical).

Penyakit Yang Dapat Diubati :

Hipertensi, Asma, Batuk, Masuk angin, Sakit kepala, Sakit kuning; Sesak nafas, Busung air, Ambeien, Sembelit, Luka memar, Abses; Luka benda tajam, digigit serangga, Cacingan, Sulit tidur (Insomnia);

Cara-cara Penggunaan :

1.Hipertensi
Ambil > 2-3 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah, lalu ditelan sambil minum air hangat. Lakukan 3 kali sehari. B > Bawang putih dibakar sampai matang, makan. Dua hari pertama makan 6 ulas selanjutnya selama seminggu makan 2 ulas.

2.Sakit kepala
Umbi bawang putih dilumatkan, lalu borehkan pada dahi.

3.Flu
Bawang putih, bawang merah, jahe dengan takaran yang sama dikupas, cuci, seduh. Tutup selama 15 menit, sisihkan jahenya, makan bawang merah, bawang putih, minum airnya.

4.Disentri
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, rebus dengan segelas air. Minum sebelum makan. Lakukan 3 kali sehari, selama 2-3 hari.

5.Batuk rejan dan bronkhitis
30 gram bawang putih, kupas, cuci, lumatkan, campur dengan gula batu dan segelas air matang, diamkan selama 5-6 jam. Minum 1 sendok makan penuh setiap hari selama beberapa hari.

6.Borok
2-3 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, campur dengan 1 sendok minyak kelapa sampai rata. Oleskan pada bagian yang bengkak.

7.Luka kena benda tajam berkarat
Bawang putih dikupas, cuci, bakar, celupkan ke dalam minyak kelapa, lumatkan. Oleskan pada bagian yang luka.

8.Cacingan
3 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah sampai halus, telan dan minum air hangat. Lakukan 1-2 kali sehari.

9.Nyeri haid
2 ulas bawang putih dikupas, kunyah halus, telan. Minum 2 sendok makan air hangat. Lakukan 2 kali sehari.

10.Migrain
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah perlahan sampai lumat lalu telan dan minum air hangat. Lakukan 2 kali sehari.

11.Perut kembung
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah perlahan sampai halus, telan lalu minum air hangat. Lakukan 3 kali sehari.

12.Bisul yang baru tumbuh
1 ulas bawang putih, kupas, cuci, belah. Oleskan pada bisul yang baru timbul. Lakukan berkali-kali.

13.Sakit maag
Bawang putih laki-laki (yang tumbuh sendiri, tunggal, tidak bergerombol) , dikupas, cuci, kunyah. Lakukan 3 kali sehari.

14.Asma, batuk, masuk angin
3 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan. Beri 1 sendok makan madu dan gula batu yang sudah dicairkan. Campurkan semua bahan, aduk rata, saring. Minum setiap pagi sampai sembuh.

15.Mengeluarkan serpihan kaca, kayu/duri
Bawang putih dikupas, cuci, lumatkan.. Tempelkan pada bagian yang dimaksud.

16.Ambeien
Bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, peras, oleskan airnya di sekitar anus setiap hari.

17.Cantengan
Cuci 2 ulas bawang putih yang sudah dikupas dan 2 kemiri. Lumatkan dan beri garam dapur. Tempelkan pada kuku yang bengkak, balut. Ganti sehari 2 kali, pagi dan sore.

18.Digigit serangga beracun
6 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, oleskan pada bagian yang disengat, balut.

Sebaiknya bawang putih tidak dimakan mentah, karena mengganggu lambung, lebih baik direbus, digoreng, atau dipanggang lebih dulu.





Perkara-perkara lain

Garlic yang tidak berbau (odourless garlic) tidak mengandungi bahan aktif sulfur. Ini mungkin mengurangkan keberkesanan garlic tersebut.
Pengambilan garlic untuk jangkamasa yang lama dan dalam dos yang tinggi perlu untuk mendapatkan kesan yang baik.
Kesan sampingan garlic termasuklah ketidakhadaman yang berlaku pada individu tertentu dan bau mulut menjadi ‘busuk’ – terutamanya kepada mereka yang tidak suka garlic.