Translate

Friday 6 June 2014

Sukar Hamil kerana Fibroid

Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.
Apakah simptom yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:
Sakit semasa haid (senggugut)
Sakit belakang
Haid yang banyak
Sembelit
Kencing kerap
Keguguran yang kerap
Sukar mengandung
Bagaimana fibroid dapat dikesan?

Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.

Monday 26 May 2014

BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL

1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbokti wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakkan.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur bolih dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriata yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

10. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

Info by drhamidarshat

Thursday 15 May 2014

Tenangkan si kecil menangis


Anak saya sedang menangis. Apa yang harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai bagi dirinya dan anda.

1. Bedung bayi dan peluk dengan kuat. Bayi baru lahir menunjukkan kecenderungan untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim. Jadi anda ­mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan sama ada dia suka dibedung atau sebaliknya.

Ramai ibu dan bapa juga mendapati memeluk bayi rapat, terutama apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan.

PELUK erat bayi.

Sesetengah bayi pula mungkin berasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

2. Dapatkan ritma yang sekata. Di dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda yang juga satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi.

Bagaimanapun, bunyi lain yang teratur dan berulang juga boleh mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian.

Ramai ibu bapa mendapati bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut yang dapat membuatkan mereka tertidur.

Tapi awas, jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin terbabit.

3. Buai bayi. Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan dan anda mungkin dapati bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, sama ada dodoi sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.

Buaian khas bayi atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

4. Cuba kaedah urutan. Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya.

Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda.

Bayi yang menghidap kolik kadangkala rasa selesa jika perut mereka digosok dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya sudah mencuba membantu bayi yang cemas.

5. Biarkan dia menghisap sesuatu. Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh memberi ketenangan.

“Hisapan selesa” boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, perutnya lebih relaks dan membantu dia bertenang.

6. Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada diri anda. Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak tekanan dan kebimbangan bagi ibu bapanya.

Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri.

Mereka berasa tidak cekap sebagai ibu bapa yang menyebabkan bayi menangis tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda sudah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis dan anda pula sudah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya, tetapi tidak berhasil, sudah tiba masanya anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak putus asa.

Berikut beberapa cadangan:

• Tarik nafas panjang.

• Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa anda mendengar tangisannya.

• Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan tenangkan diri sendiri untuk 10 minit.

• Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda sekejap.

• Cari kumpulan ­sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi yang mana anda boleh berkongsi perasaan dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain mengenai cara untuk menangani tangisan bayi.

• Ingatkan diri anda ­bahawa bayi anda tidak mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima ­kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuatkan diri anda letih dengan mencari sebab tangisan, menyalahkan diri sendiri atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.

• Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Monday 28 April 2014

Petua mendapat zuriat Lelaki

Berikut adalah beberapa amalan atau panduan yang menggabungkan kaedah saintifik dan juga tradisional dalam mendapatkan anak lelaki. Namun, perlu diingatkan bagi penganut agama islam, mereka tidak boleh terlalu yakin dan percaya 100% kerana segalanya boleh berubah dengan keizinan Allah SWT. Sebagai manusia, kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan. Antara yang perlu dilakukan adalah seperi berikut:
 
Elakkan pengambilan makanan berasid
Jauhkan makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas selama dua bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
Disyorkan memakan makanan yang mengandungi lebih daging merah, makanan laut, buah-buahan dan juga makanan bergaram (bersodium)
 
Hubungan intim waktu subur
Persetubuhan dilakukan pada waktu subur, iaitu seawal 24 jam sebelum ovulasi atau sekurang-kurangnya 12 jam selepas tempoh itu.Kehadiran lendiri serviks yang kurang ebrasid dan keadaannya yang licin dapat membantu kromosom Y untuk sampai ke ovum dengan lebih cepat.
 
Cecair bertukar alkali
Menukar cecair faraj kepada alkali dengan melakukan douchingatau membasuh dalaman faraj dengan sejenis alat khas.20 ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang dua jam sebelum melakukan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) ini boleh dibeli di farmasi.
 
Posisi persetubuhan
Kedudukan suami di posisi atas dan isteri di posisi bawah semasa persetubuhan. Pastikan pancutan air mani jauh ke dalam faraj isteri. Ini membolehkan kromosom Y lebih agresif dan sperma bergerak pantas untuk bersenyawa dengan telur. Isteri perlu mencapai tahap kepuasan yang tinggi kerana cecair beralkali dihasilkan apabila isteri mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Keadaan yang beralkali itu akan merangsang pergerakan kromosom Y.

Thursday 20 February 2014

Bersalin Secara Normal

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Ada seorang mummy ingin kongsikan tip2 yg mungkin boleh menolong mummy2 yg akn bersalin... Amalkan semasa mengandung anak pertama.

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan
2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.
3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir ...kehamilan
4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri
5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.
6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.
7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.
8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.
9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.
10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.

Salah satunya seperti di bawah :

 1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.

JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA

"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala

Friday 31 January 2014

Lanjutan Promosi Krim LumiGlow

Salam semua untuk makluman Your Beauty Bizz telah melanjutkan lagi tarikh Promosi Lumiglow sehingga 31 March 2014

Harga Promosi

RM160 Sebotol
RM300 2Botol

Free Postage

PM/CALL/Whatsapp
0162009050

Monday 27 January 2014






Teman Anda Untuk Menjadi Lebih Cantik Berseri



Sedikit Bantuan Yang Memberi Begitu Banyak Faedah
Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk mencergaskan, menganjalkan dan menegangkan kulit anda, ciri-ciri unik serta kelebihan LumiGlow® menjadi pilihan utama anda.



Kesan bahan-bahan istimewa tergandung dalam LumiGlow® seperti Dioscorea Villosa (keladi hutan), ekstrak biji anggur, ekstrak aloe vera, ekstrak kacang soya dan vitamin E untuk memperbaiki keadaan kulit telahpun diketahui ramai. Tambahan lagi, kegunaan teknologi bio dan teknologi nano telah melipatgandakan kekesanan LumiGlow® dalam membantu menyelesaikan beberapa masalah kecantikan biasa.


Ingredients of LumiGlow®


Dioscorea Villosa (Keladi Liar) LumiGlow® diperbuat dari bahan tumbuhan semulajadi Dioscorea Villosa. Ia telah dikenali sebagai bintang terbaru dalam rawatan kecantikan. Ia merapikan, melegakan dan menegangkan kulit, pada masa yang sama, ia juga memperbaiki keanjalan, melicinkan garis-garis halus dan kedutan serta melembapkan kulit.


Ekstrak Aloe Vera Kekesanan ekstrak aloe vera yang terbukti menjadikan ia satu bahan penting dalam produk jagaan kulit dan produk kosmetik. Sifat-sifat terbukti itu menjadikan ia pilihan utama untuk menegangkan dan melembapkan kulit agar kelihatan lebih muda dan berwajah seri.


Ekstrak Kacang Soya Kacang soya mengandungi bahan semulajadi yang berkesan melembapkan dan mencerahkan kulit, menjadikan kulit lebih berseri.


Ekstrak Biji Anggur Ekstrak biji anggur telah dikenali mempunyai sifat antioksidan dan berkesanan mencegah kerosakan dari radikal bebas dan mencegah tekanan oksidatif sel. Kekuatan antioksidannya adalah 20 kali ganda lebih berkesan dari vitamin C.


Vitamin E Vitamin E adalah antioksidan larut lemak yang dapat mengawal kerosakan dari radikal bebas. Ia mempunyai kesan melembapkan kulit dan melambatkan proses penuaan.





Teknologi Bio dan Teknologi Nano
Untuk menyampaikan kebaikan ramuan aktif ke kulit, LumiGlow® menggunakan Teknologi Bio serta Teknologi Nano yang terkini.


Ingredients of LumiGlow®

Cara Mengguna
 

 



Sapukan setengah sudu teh krim LumiGlow di bahagian perut (secara bulatan mengikut arah jam)
Bahagian atas lengan (mengurut menuju ke atas),
Payudara (mengurut menuju ke atas dan ke dalam),
Belakang badan sekeliling pinggang (mengurut ke arah bawah),
Perlegangan tangan (mengurut secara bulatan menuju ke atas),

sebelah dalam paha (mengurut secara bulatan menuju ke atas).

#Mengurut 2 kali sehari selepas mandi.

Thursday 23 January 2014

Risiko Peranakan Jatuh


Peranakan jatuh yang lebih dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh berlaku jika terdapat kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.



Antara kesan masalah peranakan jatuh ialah:



1. Gangguan kencing

 Ramai wanita yang mengalami masalah prolapse akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutama ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa.

2. Gangguan hubungan kelamin

 Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan.



3. Sakit pinggang dan tidak selesa
 Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.



4. Gangguan kesihatan

Jika prolapse yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan tergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lender yang banyak.

20 Info Hamil Kembar






















Jika anda sedang hamil kembar atau berisiko hamil kembar, anda perlu mengetahui risiko-risiko dan tip-tip berguna sebagai persediaan.



1.Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.



2.Kembar tidak seiras berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.



3.Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.



4.Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.



5.Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.



6.Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.



7.Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6 -7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.



8.Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami pre-eklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.



9.Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.



10.Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.



11.Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.



12.Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.



13.Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.



14.Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.



15.Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.



16.Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.



17.Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.



18.Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.



19.Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.



20.Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.

Masalah Biasa Tetapi Berisiko Ketika Hamil



Sesetengah masalah yang dihadapi oleh ibu hamil adalah biasa tetapi tetap berisiko menjadi berbahaya jika tidak diberi perhatian.



Masalah kawalan air kencing sememangnya adalah perkara biasa di kalangan ibu hamil. Ini kerana pada awal kehamilan, saiz uterus mengembang berbanding saiz normal. Selain itu masalah otot lantai pelvis ibu yang lemah menyebabkan kawalan kencing sukar dilakukan terutama di kalangan ibu yang hamil di lanjut usia dan kandungan ramai.



Namun diingatkann agar wanita hamil tidak mengambil ringan dengan menganggap ia perkara biasa apabila mengandung. Risiko untuk mendapat kencing berkuman adalah tinggi terutama jika bakal ibu lebih kerap buang air kecil di tengah malam.



Maka itu sebabnya mengapa pemeriksaan air kencing menjadi perkara wajib di setiap lawatan antenatal. Selain daripada melihat kandungan gula dalam air kencing ia juga untuk memastikan sama ada wanita hamil tersebut dijangkiti kuman atau tidak.



Jangkitan kuman dalam air kencing terjadi kerana salah satu perubahan semasa mengandung adalah otot pundi kencing menjadi lemah. Adanya sekatan kerana tidak semua air kencing keluar. Perubahan sistem urin menyebabkan jangkitan kuman berlaku.



Kira-kira 30 peratus wanita yang memiliki masalah ini tetap akan mengalaminya selepas bersalin. Risiko yang bakal diterima oleh wanita hamil yang bermasalah kencing berkuman iaitu kelahiran pra-matang.



Kelahiran pra-matang disebabkan ada hubung kait antara pundi kencing dan rahim yang berhampiran membuatkan wanita terbabit akan bersalin awal. Kadang kala ibu tidak berasa apa-apa kesakitan atau tidak mengetahui dia mengalami kencing berkuman sehingga tiba-tiba boleh bersalin awal.



Berikut beberapa panduan bagi mengelakkan jangkitan kencing berkuman di kalangan wanita hamil.



• Walaupun kerap kencing adalah masalah biasa tetapi jika dapati ada kelainan segera bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut.

• Jika alami kesakitan di bahagian ari-ari, ia mungkin petunjuk kencing berkuman.

• Mengalami keputihan yang berbau, gatal dan tidak menyelesakan kerana faraj wanita hamil mengalami perubahan yang membuatkan kuman suka membiak. Sebaik dijangkiti, ia akan mula berasa gatal.

• Berhati-hati dengan penggunaan tandas terutama di tempat awam.

• Peka dengan otot lantai pelvik. Sebagai wanita sejak sebelum berkahwin lagi sudah tahu menjaga lantai pelvik dengan melakukan senaman keegal untuk mengurankan risiko otot lemah.

• Hadiri kelas antenatal untuk mengetahui penjagaan semasa hamil dan selepas bersalin.

• Pentingnya penjagaan selepas bersalin terutama untuk menguatkan otot abdomen di bahagian depan dengan melakukan senaman khusus.

• Pastikan jika bersalin normal, buat senaman menguatkan otot lantai pelvik secepat mungkin kerana selepas bersalin otot tersebut sangat lemah. Bila otot lantai pelvik sudah kuat ia secara automatik akan menguatkan otot abdomen.