Translate

Tuesday 30 July 2013

Jus Herba INTRA

HARGA PASARAN RM 138.00

HARGA PROMOSI RM 125.00
 
Untuk tempahan sila berhubung di 016-2009050
 

Jus Herba Intra mengandungi 23 jenis herba semulajadi dari pati yang bermutu tinggi utk tujuan mengembalikan kesihatan kita kembali seperti asal zahir dan batin. Dihasilkan dari Kanada sejajar dengan GMP dan piawai-piawai HACCP untuk ketulenan, keselamatan dan sanitasi. Dipasarkan di lebih 37 buah negara dan kini tiba di pasaran Malaysia. Dihasilkan dari ilmu perubatan tradisi Islam dan Cina serta digabungkan dengan teknologi Timur dan Barat. Ditambah jus anggur dan pear. Produknya halal serta selamat diminum. Dibotolkan terus dari Kanada. Produk yang dilindungi insuran bernilai US$5 juta atau jaminan wang anda dikembalikan. Ianya telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ((KKM MAL 20033423T).

Adakah anda tidak sihat dan mengalami gejala-gejala seperti di bawah :

• Asma/lelah/semput
• Bodek/angin pasang
• Sakit Kepala/migraine
• Sakit buah pinggang
• Susah tidur/Insomania
• Kanser/ketumbuhan
• Sakit sendi/Gout/Arthritis
• Otot kejang/simpul biawak
• Tidak Bersemangat/Keletihan
• Batu karang/batu Hempedu
• Mati pucuk/Kurang daya seks
• Kesejukan kaki tangan dan seram sejuk
• Darah tinggi/Darah rendah,Anemia
• Otoporosis/tulang rapuh,mudah patah
• Hilang ingatan,nyayuk.susah ingat pelajaran
• Sengugut/putaran haid tidak tepat
• Kerap buang air/ngopol pada waktu malam
• Monopous/hormon tidak seimbang/panas baran
• Sembelit/buasir/sakit usus/kembung/gastric
• Batuk dan sukar bernafas/hidung tersumbat
• Sakit kulit/berkedut/berparut/pucat/berjerawat/berjeragat dll
• Diabetis/kencing manis/kolestrol/urin asid tinggi
• Hepatitis A/B/C ( sakit AIDS ),Sirosis,penyakit kuning
• Stroke/ahmar/mati anggota tubuh/lumpuh/Parkinson
• Selsema/bersin/resdung/alahan makanan laut
• Komplikasi elektroterapi,kimiaterapi kanser/leukemia
• Susah dapat anak,kesuburan lelaki dan wanita menurun
• Daya pendengaran kurang berfungsi,tinnitus dan pening-pening
• Daya penglihatan kurang,kabur,ada selaput/katarak,gatal-gatal dan sentiasa keluar air mata
• Lain-lain dan doktor telah sahkan tiada lagi ubat untuk merawat sakit tersebut termasuklah gagap
• Demam denggi














5 sebab mengapa anda harus gunakan Intra

• Ia terbukti dan berkesan
• Keseimbangan Nutrien yang lengkap
• Anda dapat apa yang anda lihat
• Kualitinya amat Tinggi ( gunakan tanpa was-was )
• Kandungan nutriennya terjamin dan disahkan oleh Panel Penasihat Sains Sedunia INTRA :-
• Mengandungi 23 jenis herba semulajadi
• Dari pati bermutu tinggi ( pekatnya 20 kali )
• Ditambah jus buah dan rasanya sedap
• Tiada kesan sampingan( no medical claims )
• Selamat untuk semua peringkat usia termasuk bayi dan ibu yang mengandung
• Dibotolkan dan dihantar terus dari kilang di Kanada
• Jaminan wang dikembali
• Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( MAL 200334237 )
• Dijamin HALAL


Kajian selama 15 tahun menunjukkan keadaan kesihatan pengguna dipertingkatkan :
* 1 dari 3 orang dalam masa 1 hingga 3 hari
* 1 dari 3 orang dlm masa 3 hingga 14 hari
* 1 dari 3 orang dalam masa 1 hingga 4 minggu

JUS 23 HERBA telah banyak membantu pengguna yang meminumnya secara tetap dan mengikut sebagaimana yang dinasihatkan. “Setiap penyakit ada penawarnya melainkan mati.” (HADITH NABI)

Aura White Chocolate

Aura White Chocolate Pure L-Glutathione +Collagen 1 million mg



 
 Untuk Maklumat Lanjut sila PM/LINE/WECHAT/CALL HP : 016 2009050 (Nabila)


Wednesday 10 July 2013

Manfaat Buah Tin


” Demi buah tin dan buah zaitun, demi gunung thursina,” (at-Tin: 1-2)


Buah tin tidak ada didaerah Hijaz maupun Madinah. Al Qur’an hanya menyebutkan sekali dan di satu tempat saja.






Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Darda ra,

” Rasulullah telah diberi hadiah satu wadah buah tin, kemudian Nabi Bersabda , ” Makanlah!” Lalu beliau pun memakannya dan berkata, ‘Jika engkau berkata, ‘ ada buah yang diturunkan dari surga, ‘ maka aku bisa katakan, ‘ inilah buahnya, karena sesungguhnya buah surga tanpa biji. ‘Oleh karena itu, makanlah, karena buah tin ini dapat menyembuhkan wasir dan encok.’ “





UNSUR-UNSUR YANG TERDAPAT PADA BUAH TIN

Buah Tin mengandung Unsur Gula yang sangat tinggi dan juga mengandung garam utama, seperti kalsium, fosfor, besi dan sejumlah vitamin, seperti vitamin A dan B. Selain itu, juga mengandung vitamin K yang masuk dalam proses pembekuan darah dan berfungsi menghentikan pendarahan.

NILAI GIZI BUAH TIN

Gizi pada buah tin sangat tinggi, karena mengandung kadar gula yang tinggi, kalsium dan zat besi.

MANFAAT BUAH TIN DITINJAU DARI ILMU KEDOKTERAN

1. Untuk mengobati susah buang air besar
Seduhlah 3 sampai 4 butir buah tin kering dalam gelas yang berisi air dingin pada sore hari, lalu pada pagi harinya buah ini dimakan dan airnya diminum.

2. Untuk mengobati penyakit usus atau lambung
Potong 6 sampai 7 buah tin kering, lalu tenggelamkan dalam minyak zaitun, dicampur beberapa potong jeruk nipis, lalu biarkan selama satu malam penuh dan potongan-potongan buah tin ini bisa dimakan beserta airnya pada pagi hari.

3. Untuk mengobati luka dan bisul
Balutkan buah tin yang kering yang telah dididihkan dengan susu untuk memecah buah tin yang kering ini agar terbuka bagian dalamnya secara keseluruhan. Didihkan selama beberapa menit dengan susu biasa. Setelah dingin, tutuplah luka dengan ramuan ini dan letakan bagian dalam buah tin ini tepat diatas luka, lalu ikat dengan kain dan perbarui pembalutan ini tiga sampai empat kali dalam sehari.

4. Untuk mengobati haid yang tidak teratur
Didihkan 25-30 daun tin dalam satu liter air, lalu minum. Ramuan ini untuk mengobati batuk juga gangguan haid, dan melancarkan haid. Ramuan ini berfungsi juga untuk obat kumur dan menyembuhkan peradangan pada gusi.

5. Seduhan buah tin kering
Ramuan ini dapat membantu emperlancar kencing dan ASI*

10 Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu



10 Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu - Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
10 Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu

1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.

2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran

Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.



6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal

10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.

Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .

Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.

Monday 8 July 2013

Pemakanan Seimbang Kawal Risiko Diabetes

Tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan
karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi.Kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.
Susu
 
Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung.
Salmon
 
Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.
Sereal atau Oatmeal
Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serta tinggi, ia juga merupakan sumber tenaga. Jadi, lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal.
Blueberry
 
 
 
 
 
 
Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes.
 
 
 
 
Brokoli
 
Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah
Bawang Putih
 
 
 
 
 
 
Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku
keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.
MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN PESAKIT DIABETES
  • Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.
  • Semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong, kacang panjang, teh tanpa gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.
  • Perasa dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.
  • Semua daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa).
PANDUAN AM UNTUK PESAKIT DIABETES
Anda boleh menikmati tiga hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang tetap.
  • Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
  • Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit.
  • Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
  • kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad.

Hadapi stres dengan 5 cara pantas

Apabila sebut sahaja perkataan stres, banyak dahi yang sudah berkerut, itulah penangan stres. Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada perkara ini seperti kesesakan jalan raya, dimarahi bos, kerja yang terlalu banyak dan boleh jadi juga putus cinta. Stres boleh mengundang pelbagai jenis penyakit lain seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, kemurungan, dan alzheimer. Jika anda tidak mahu jadi salah seorang yang menghidapnya, mari tangani stres dengan lima cara pantas.


Aroma Lavender
Siapa di antara anda semua peminat lavender? Tahu atau tidak, selain dari baunya yang harum, lavender juga mempunyai banyak manfaat lain. Mengikut salah satu kajian di Jepun, bauan yang terdapat pada lavender dikatakan mampu menenangkan fikiran. Ia boleh memberikan kesan relax dan santai dan kini lavender telah menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk kecantikan dan kesihatan.

Layan muzik
Otak bercelaru? Inilah masa untuk dengarkan lagu favourite anda. Banyak pilihan muzik terkini pelbagai genre seperti Bruno Mars, If I was your man, hinggalah ke lagu-lagu evergreen seperti daripada kumpulan Backstreet Boys dan Westlife. Seeloknya pilihlah muzik yang tidak terlalu rancak kerana ia mungkin akan membuatkan fikiran anda lebih berserabut.

Kami terbaca kajian daripada University of Marylands yang mengatakan dengan mendengar muzik kegemaran, sistem peredaran darah akan menjadi lebih lancar serta aliran darah dapat ditingkatkan. Wah, ini bukan sahaja mampu menenangkan anda, tetapi baik untuk kesihatan jantung anda.

Resipi ketenangan
Inginkan sesuatu yang manis? Cubalah untuk buat beberapa resepi terbaru anda sendiri seperti pavlova, brownies, dan pelbagai lagi. Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu terapi untuk melupakan masalah yang dialami. Rasa manis pada makanan seperti coklat juga dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon Endorfin yang akan membuat kita merasa senang hati dan bahagia.

Lepaskan bebanan
Jangan salah sangka tau! Kami tidak maksudkan anda untuk lepas tangan terhadap masalah anda. Tetapi, normal bagi wanita ungtuk menangis jika terlalu tertekan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji biokimia, hampir 85% wanita mengatakan dengan menangis akan membuatkan mereka merasa lebih baik dan lega. Jadi wanita sekalian, jangan lagi tahan air mata anda. Wanita bukannya lemah dengan air mata, malah menjadi lebih kuat!

Hanya 1 minit
Hanya 1 minit senaman ringkas seperti berlari setempat juga
mampu meningkatkan tenaga serta melawan stress. Hal ini kerana segala anggota badan digerakkan dan ia dapat melancarkan peredaran darah seluruh badan dan perkara ini dapat membuatkan minda kita terasa lebih segar.

Yang sebenarnya stress bukanlah sesuatu yang perlu dilenyapkan dan dihapuskan dalam kehidupan kita. Tetapi ia perlu ditangani dan diurus dengan cara bijak dan betul. Jadi, ubahlah fikiran dan kawal stres. Jjadikan ia cabaran untuk memperbaiki diri menjadi lebih positif.







Wednesday 3 July 2013

Pejabat Tempat Berpotensi Untuk Gemuk?






Tidak mustahil juga ketika anda menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan anda cepat merasa lapar. Menurut Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet, ketika anda merasa lapar, gula darah akan rendah menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan baik.
Ketika inilah, anda akan berusaha mencari makanan atau snek. Data dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika (1999-2002) mengatakan: Wanita yang mengunyah lebih daripada dua kali sehari telah mengambil 192 kalori dalam setiap kali mengunyah. Ini sudah mengganggu program diet yang dilakukan.
 





6 Penyebab Berat Badan Meningkat

CareerBuilder.com telah melakukan kajian untuk mengetahui penyebab seseorang itu gemuk ketika berada di pejabat. Antaranya ialah:

1. Makan Kerana Stres
Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37% responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak.
Ketika stres, jangan sesekali terus mengambil kerepek kentang atau biskut. Sebaliknya, cubalah untuk menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Jika ingin juga mengunyah, bawalah snek sihat dari rumah seperti kacang atau buah-buahan.

2. Makan Tengahari Di Luar
Sebanyak 20% responden mengatakan makan tengahari di luar pejabat turut menambahkan berat badan. Ini kerana, kita tidak tahu pengolah makanan dan berapa jumlah kalori dari makanan yang disediakan.
Sebaiknya, bawalah bekal dari rumah. Bukan sahaja sihat dan murah tetapi anda boleh menentukan bahan yang ingin dimasukkan dalam makanan








3. Melewatkan Waktu makan
19% pekerja mengaku mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar, anda lebih cenderung untuk makan berlebihan.
Untuk mencegahnya atau tidak sempat makan, sediakan yogurt, buah atau snek yang berisi campuran buah kering dan kacang. Makanlah seketika untuk mengalas perut dan supaya anda tidak makan tengahari dengan terlalu banyak.

4. Menyambut Perayaan
Ketika anda dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, anda lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza.
Bayangkan dalam sebulan ada 5-6 sambutan yang dilakukan, belum lagi dengan hidangan makanan yang enak. Ini boleh menambahkan kalori dalam badan. Untuk atasinya, anda boleh makan apa yang disediakan tetapi kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan kawan yang lain.

5. Mengunyah Gula-gula Getah
Sebanyak 16% responden mengatakan mereka tidak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli. Walau bagaimanapun, anda boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air.
Jika keinginan datang, segeralah minum segelas air putih agar perut terasa kenyang dan menahan daripada mengunyah lagi.

6. Snek Dari Kawan Sepejabat
Penyebab lain adalah godaan untuk menikmati snek yang dibawa oleh rakan sekerja. 10% responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila kawan sekerja membawa sekotak donat atau sebekas kek yang enak.


Hidup Sihat Di Pejabat
Berada di pejabat adalah perkara yang sukar untuk menjalani hidup yang sihat. Aktiviti yang padat membuatkan wanita yang berkerjaya lebih senang mengambil makanan segera. Ini belum lagi termasuk, godaan snek yang dihidangkan oleh kawan sekerja. Ingat! Masih belum terlambat untuk anda mengubah pola hidup yang lebih sihat.

Beberapa tip untuk mengatasi masalah ini:

a) Kekerapan Mengunyah Snek

Siapa yang tidak suka mengunyah snek? Biskut, kerepek atau makanan ringan adalah kebiasaan yang ada di tempat kerja. Walaupun snek ini memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Kadar garam yang terkandung dalam makanan ringan juga dapat menyebabkan hipertensi.


CARA PERBAIKI:
Jangan letakkan pelbagai jenis snek di dalam laci kerja anda. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang. Cara ini juga membuatkan anda mampu menolak saat kawan mempelawa snek lain.


b) Jangan Terlalu Banyak Minum Teh atau Kopi

Minum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ini kerana, ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur.


CARA PERBAIKI:
Kurangkan hidangan teh atau kopi setiap hari. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah. Pilih minuman yang tidak mengandungi banyak gula atau susu.


c) Banyakkan Minum Air Mineral

Berusahalah untuk minum air dengan lebih banyak, walaupun anda tahu akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air. Namun, jika anda kurang minum dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam.


CARA PERBAIKI:
Letakkan satu liter botol air mineral di atas meja dan pastikan anda minum habis sebelum pulang dari tempat kerja. Cara ini akan membuatkan anda tidak lupa untuk minum.

d) Elak Makan Malam

Apabila tamat waktu kerja, kawan anda mengajak untuk makan di restoran. Ini membuatkan anda tidak makan lagi di rumah. Walau bagaimanapun, rasa lapar akan datang pada waktu malam. Jangan terus mengalah, sebenarnya anda penat dan perlu berehat, bukannya mencari makanan.


CARA PERBAIKI:
Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Sayuran berserat tinggi dan daging tanpa lemak kaya dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur.


e) Elakkan Makan Banyak Pada Hujung Minggu

Mungkin anda terfikir untuk memberi ganjaran kepada diri selepas sukses menjalani diet selama hampir seminggu. Makan sepuasnya pada hujung minggu bukanlah cara yang betul untuk diterapkan dalam program diet anda.


CARA PERBAIKI:
Cari cara lain untuk memberikan penghargaan pada diri sendiri. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan sekaligus menjaga berat badan anda.

Pilihan Snek Sihat Di Pejabat
a) Aprikot Kering


PILIHAN:
Buah ini kaya dengan nutrisi dan penuh vitamin, mineral dan enzim penting. Snek ini kaya dengan serat, beta karoten, vitamin A dan C, magnesium, zat besi, kalsium dan kaya dengan antioksidan dalam melindungi diri daripada melawan kanser prostat serta paru-paru.
Gula semulajadi yang terdapat dalam aprikot dapat meningkatkan kadar gula darah. Demikian menurut Susan Kleiner, penulis buku The Good Mood Diet.


HARUS DIPERHATIKAN:
Kalori banyak terdapat dalam buah kering. Jadi perhatikan hidangannya.
Setiap ½ cawan (65g) aprikot kering mengandungi 156kcal dan 0.3g lemak.

b) Epal
PILIHAN:
Ia mengandungi vitamin dan mineral penting untuk tubuh, otak dan kesihatan jantung. Kandungan serat dapat membantu anda merasa lebih kenyang dan menahan daripada makan secara berlebihan.

HARUS PERHATIKAN:
Pilih epal yang bersaiz kecil atau sederhana untuk snek. Anda juga boleh gabungkan epal dengan sekeping keju rendah lemak atau satu sudu makan kacang untuk tenaga yang tahan lama dan badan yang sihat.
Setiap 1 biji epal ukuran sederhana (180g) mengandungi 77kcal dan 0.3g lemak.

c) Yogurt


PILIHAN:
Snek ini rendah lemak dan kolesterol. Ia juga sumber vitamin B12, protein, potassium, zat besi dan sumber riboflavin, kalsium dan fosfor yang sangat baik.
HARUS DIPERHATIKAN:
Banyak yogurt yang dikatakan sihat tetapi mengandungi banyak pemanis, sirap atau gula. Pilihlah yogurt rendah lemak dan rendah gula. Untuk lebih elok, taburlah yogurt dengan blueberry atau potongan buah-buahan untuk mendapatkan serat.
Setiap 100g yogurt rasa buah dan rendah lemak mengandungi 102kcal dan 1.1g lemak.

d) Dark Chocolate


PILIHAN:
Peneliti di Jerman dalam The Journal of the American Medical Association mengatakan dark chocolate kaya dengan flavonoid, menjaga tekanan darah tetap stabil ketika stress.
Dengan mengunyah coklat, ia dapat mengurangkan mood negatif sehingga anda boleh santai bersama rakan sekerja.

HARUS PERHATIKAN:
Pilih dark chocolate yang mengandungi kurang 70% koko untuk mendapatkan manfaat flavonoid yang maksimum. Ia juga mengandungi lemak tepu, jadi pastikan anda makan sepotong kecil sahaja ketika ingin mengunyah.
Setiap potongan kecil (28g) dark chocolate, 70-85% koko mengandungi 168kcal dan 12g lemak.

e) Kraker


PILIHAN:
Sangat praktis dan baik untuk perut. Banyak kraker diberi vitamin tambahan dan kalsium yang baik untuk tulang. Kandungan karbohidrat yang tinggi sangat sesuai untuk anda yang memerlukan banyak tenaga ketika bekerja.

HARUS PERHATIKAN:
Sesetengah kraker mengandungi sodium dan gula yang tinggi. Jadi, pilihlah plain cracker yang diperbuat dari gandum, mengandungi serat dan vitamin B. Sapukan kraker dengan mentega kacang, celupkan dengan susu atau yogurt rendah lemak.
Setiap 4 keping kraker masin (23g) mengandungi 103kcal dan 3g lemak.

f) Almond


PILIHAN:
Snek ini sangat rendah kolesterol dan sodium. Beberapa jenis kacang lain seperti walnut mengandungi sumber magnesium dan vitamin E, asid lemak omega 6 serta omega 3 (walnut).


HARUS PERHATIKAN:
Makan kacang boleh membuatkan anda ketagih. Walaupun almond rendah kolesterol, anda juga perlu perhatikan jumlah kalorinya. Cukup dengan mengambil 11 biji almond atau satu sudu makan walnut antara waktu sarapan dan makan tengahari.
Setiap 11 biji almond tanpa garam mengandungi 85kcal dan 7g lemak.

Teknik Terbaik Lenyapkan Wajah Kusam








Antara masalah kulit wajah yang kerap dihadapi oleh seorang wanita ialah:

Kulit Kusam Dan Gelap

Penyebab:
Tompokan sel kulit mati kesan daripada metabolisme kulit yang kurang baik, proses penuaan serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan.

CARA MUDAH:
Gunakan krim yang mengandungi vitamin A seperti retinol, isotretinon, tretinoin yang ditambah dengan krim pemutih. Walaupun di kebanyakan negara bahan pemutih ini tidak boleh digunakan namun hydroquinon memberikan hasil yang terbaik untuk mengatasi masalah pigmentasi selain memutihkan kulit wajah tetapi jumlahnya tidak boleh lebih dari empat peratus. Antara produk pemutih lain ialah arbutin, kojic acid, ekstrak mulberry mahu pun vitamin C. Sebulan sekali lakukan chemical peeling dan glycolic acid. Penggunaan krim vitamin A mahu pun chemical peeling pada kulit sememangnya akan menimbulkan iritasi pada kulit tetapi ia merangsang pembentukan darah yang lebih baik, membuang sel-sel kulit mati dan memperbaharui sel-sel kulit. Namun perlu dilakukan secara berhati-hati pada kulit yang sensitif.
Peringatan:
Pemakaian hydroquinon harus dilakukan di bawah pengawasan pakar kulit untuk mengelakkan kesan sampingan.

CARA MODEN:
Rawatan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan rawatan laser seperti laser ablative (CO2), non ablative dan teknologi fractional. Laser merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit dapat menyerap nutrisi dengan lebih baik. Laser juga memiliki kepekaan terhadap sel warna atau pigmen kulit sehingga mampu memecahkan sel pigmen tersebut dan menjadikan kulit tampak lebih cerah.
Peringatan:
Untuk hasil yang lebih baik rawatan laser harus diikuti dengan rawatan di rumah yang bersesuaian dengan keadaan kulit.


Parut
Penyebab:
Bekas jerawat, bekas luka dan genetik

CARA MUDAH:
Penggunaan produk pengelupasan dan chemical peeling dengan glycolic acid dapat membantu memperbaiki keadaan parut sehingga ia tidak kelihatan terlalu dalam. Walau bagaimana pun rawatan chemical peeling perlu digabungkan bersama dengan rawatan mesin seperti mikrodermabrasi dan dermaroller. Chemical peeling berfungsi untuk membuang dan memulihkan sel-sel kulit mati. Selain itu mikrodermabrasi dengan sistem vakum dan kristalaluminium oxide mempunyai daya sedutan yang tinggi sehingga mampu mengangkat sel-sel kulit mati di permukaan kulit selain meratakan kontur kulit. Manakala dermaroller pula merupakan roll yang berisi jarum-jarum halus. Ia bertujuan untuk menimbulkan luka pada kulit sehinggga kulit bertindak balas bagi memperbaiki luka tersebut dengan meningkatkan nutrisi dan peredaran darah pada kulit. Langkah ini juga turut merangsang terjadinya natural collagen induction iaitu proses secara natural yang merangsang penghasilan kolagen dan keanjalan pada kulit tanpa merosakkannya.

CARA MODEN:
Suntikan botox mampu menyamarkan kedutan di sudut tepi mata dalam waktu yang singkat. Rawatan ini sekaligus mencegah timbulnya kedutan baru pada bahagian tepi mata. Selain itu juga ia merupakan bonus untuk eye lift kerana otot yang ‘dilumpuhkan’ sementara dengan suntikan botox akan mencegah turunnya alis. Hasilnya bahagian sekitar mata pun akan nampak lebih lebar.

Radiofrequency:
Kesan panas yang dirasai boleh merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit kelihatan lebih tegang.

Fractional CO2:
Fungsi rawatan ini ialah ‘mengambil’ lebihan kulit akibat kedutan kerana masalah kekeringan pada bahagian ini sehingga kedutan menjadi semakin pudar. Seeloknya rawatan ini dilakukan sebulan sekali.

Peringatan:
Mungkin wajah akan kelihatan merah dan lebam akibat kesan daripada suntikan yang dilakukan. Oleh itu pastikan langkah ini mendapat pemantauan dari pakar yang bertauliah.

Kulit Kendur
Penyebab:
Rosaknya kolagen dan elastin yang merupakan dua zat yang membuatkan kulit tegang dan anjal. Kerosakan ini boleh berlaku akibat dehidrasi, menipisnya dermis kerana proses penuaan mahu pun paparan yang berlebihan pada sinar cahaya matahari.

CARA MUDAH:
Sapukan krim yang mengandungi centella asiatica, urosolic acid dan tetrahydrocurcumin. Krim ini berfungsi untuk ‘menghapuskan’ enzim yang menjadi penyebab menurunnya kualiti kulit seperti collagenase dan elastase.

CARA MODEN:
Photo Rejuvenation Dikombinasikan dengan rawatan Fractional CO2 untuk merangsang penghasilan kolagen dan membuang lebihan kulit.

Thermage
Tenaga daripada frekuensi radio ini mampu menembusi lapisan dermis kulit, mengaktifkan kolagen dan merangsang jaringan baru sel kulit seterusnya membantu menjadikan kulit lebih segar dan muda. Rawatan Thermage berfungsi untuk menghantar tenaga frekuensi radio secara merata ke jaringan kulit yang dikehendaki.
Tenaga tersebut memanaskan kulit bahagian dalam sekaligus melindungi kulit bahagian luar dengan pendinginan. Pemanasan dan pendinginan secata
serentak ini membuatkan kulit bertambah tegang dan anjal serta merangsang pembentukan kolagen yang baru. Akhirnya kulit yang anjal, tegang dan halus akan
terhasil selain wajah tampak lebih muda.

Pigmentasi
CARA MUDAH:
Rawat masalah pigmentasi dengan krim hydroquinon dengan kadar kurang dari empat peratus atau whitening agent yang lain. Penggunaan hydroquinon perlu
dibantu dengan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA agar rawatan menggunakan hydroquinon ini menjadi lebih berkesan.


CARA MODEN:
Laser Q-Switch yang mampu menembusi hingga ke bahagian dermis kulit dan memecahkan sel-sel pigmen yang ada di dalamnya.
Peringatan:
Pigmentasi merupakan masalah yang sukar untuk diatasi. Kadang-kadang satu rawatan sahaja tidak mampu mengatasi masalah pigmentasi dan ia perlu
digabungkan dengan rawatan tertentu.

Pori-Pori Besar
CARA MUDAH:
Produk homecare. Lakukan perawatan wajah dengan menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA.

Mikrodermabrasi
Rawatan ini membantu proses penyingkiran kulit mati sekaligus meratakan kontur kulit dan perlahanlahan pori-pori pada wajah akan pudar. Rawatan ini perlu diulang sekurangkurangnya sebulan sekali hingga mendapat hasil yang maksimum.


Penyebab:
Otot di sekitar pori-pori kehilangan fungsi jaringan. Masalah ini berlaku disebabkan kebiasaan anda yang suka memicit jerawat atau terlalu kerap mencuci wajah dengan air panas/suam. Selain itu faktor genetik seperti kulit berminyak juga menyebabkan masalah ini berlaku.


CARA MUDAH
Produk homecare.
Lakukan perawatan wajah dengan menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA.

Mikrodermabrasi
Rawatan ini membantu proses penyingkiran kulit mati sekaligus meratakan kontur kulit dan perlahanlahan pori-pori pada wajah akan pudar. Rawatan ini perlu diulang sekurang-kurangnya sebulan sekali hingga mendapat hasil yang maksimum.

CARA MODEN:
Fractional CO2 mampu merangsang neokolagenisasi sehingga kulit lebih tegang, anjal dan pori-pori juga lebih mengecil.


Dagu Berlapis/Chubby
Penyebab:
Ada banyak penyebab yang berbeza sehingga wajah kelihatan tembam. Antara penyebabnya ialah lemak di bahagian pipi, otot yang kendur, stres, kurang rehat dan genetik.

CARA MUDAH:
Facial Massage
ialah facial yang dilakukan dengan urutan pada wajah yang bertujuan membantu meningkatkan metabolisme kulit dan perjalanan darah. Hasilnya selain wajah menjadi lebih tirus ia juga mampu meningkatkan kualiti kulit wajah.

CARA MODEN:
Suntikan botox dan radio frequency adalah rawatan moden yang boleh mengatasi masalah wajah chubby. Suntikan botox dilakukan pada tiga titik di sekitar tulang rahang untuk memberikan kesan tirus pada wajah manakala kesan panas yang dihasilkan daripada rawatan radio frequency dapat menghilangkan lebihan
lemak yang ada di bahagian pipi dan mengembalikan keanjalan kulit.


Lingkaran Gelap Bawah Mata
Penyebab:
Timbunan lemak di bahagian bawah mata yang menyebabkan rongga mata (septum) menjadi lemah sehingga menyebabkan septum bahagian lapisan atas lemak
menurun.

CARA MUDAH:
Sapukan krim mata atau serum mata untuk meningkatkan kadar elastik kulit di bahagian bawah mata. Sapukan krim dan serum ini pada waktu pagi dan malam dengan gerakan urutan di sekitar kelopak mata bagi melancarkan perjalanan aliran darah di bahagian tersebut.

CARA MODEN:
Radio Frequency
Merangsang penghasilan kolagen melalui haba panas yang dihasilkan.

Fractional CO2
Prinsip rawatan ini ialah menghilangkan lebihan kulit pada kantung mata dan iritasi yang terjadi akan merangsang pembaharuan kolagen sehingga kulit menjadi lebih tegang. Walau bagaimana pun lemak di dalam lapisan kulit akan tetap ada.

Blepharoplasty
Rawatan ini menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan laser CO2. Laser CO2 digunakan sebagai alat pemotong jaringan lalu lemak yang berlebihan dikeluarkan untuk menghilangkan kesan lingkaran gelap bawah mata. Siatan dilakukan dari dalam dan kesannya tiada sebarang luka di bahagian kulit (luar). Dengan laser CO2, pendarahan yang terjadi pun hanya sedikit, kesan lebam dan bengkak juga dapat diminimumkan.
Peringatan:
Untuk rawatan pasca terapi adalah disarankan untuk meletakkan ais pada mata, menekan kelopak mata dengan jari apabila terjadinya pendarahan, makan antibiotik untuk mencegah sebarang jangkitan selain ubat tahan sakit. Meski pun rawatan ini disahkan selamat namun dinasihatkan agar anda mendapatkan
konsultansi dengan doktor pakar kulit.

Terpulanglah kepada anda untuk melakukan rawatan yang sesuai. Semuanya terletak di tangan anda. Namun jangan
terlalu ghairah untuk melakukan sesuatu rawatan. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. 

 #Ingin cantik, keselamatan diri usah diabaikan!!