Endometriosis
PENYAKIT
ENDOMETRIOSIS
Penyakit
endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak
mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang
menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah
senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran
yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah
seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan
lain-lain
.
Apakah sebenarnya penyakit
Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah
satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar
endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar
rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran
darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium
serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah
haid.
‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam
ovary.
Bagaimana endometrium
terjadi
Pada kebiasaannya tempat-tempat di
luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur
(ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran
fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti
parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini
juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan
penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari
biasa dan membengkak.
Bagaimana tisyu endometrium ini boleh
tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat.
Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di
antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang
rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang
kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking
(retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan
penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke
hadapan (anteverted) jarang ada penyakit
endometriosis.
Ada juga yang menyatakan bahawa tisu
endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran
kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada
juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan
wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah
dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi
I.Q.nya.
Ada juga yang mengatakan bahawa
system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu-
tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya
sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat
tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat
daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku
lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika
keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan
berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau
chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti
pasta coklat.
No comments:
Post a Comment