Translate

Thursday 16 May 2013

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)


 1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
• Ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
• mudah hadam
• sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
• bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

 2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
• kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ket...iga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
• mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain


3. Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
• mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
• membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
• mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
• mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
• penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan


4. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
• sebaik sahaja bayi dilahirkan anda patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
• ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
• rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
• bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama.
 
 
 

No comments:

Post a Comment