Translate

Tuesday 25 June 2013

KHASIAT KUNYIT



Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.




Salah satu kuasa penawar alami kunyit ialah kandungan tinggi antioksiden, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Oleh sebab curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri, dinamakan atherosclerosis, antara penyebab utama serangan jantung.

Kunyit mengurangkan paras kolesterol darah dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’. Ia juga menghalang pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung dengan cara menghalang platelete , iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).






Cara pengambilan:
1. suplemen curcumin boleh dibeli di farmasi

2. gunakan kunyit dalam masakan harian

3. ambil kunyit sebesar ibu jari. Kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi



Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.


Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan seharian. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun lalu.


Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.


Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.


Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.

Friday 21 June 2013

Makanan Sunnah Delima, Kurma, Zaitunm Buah Tin, Habbatus sauda, Madu, Kismis








Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap Makanan Sunnah ini. Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas untuk panduan muslimin dan muslimat.



Delima
Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut” Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

Kurma
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong.Kajian oleh Prof.Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat”.Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia meransang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Zaitun
Rasulullah bersabda: “ Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati ” Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.

Za’faran
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran iaitu sejenis tumbuhan ubat yang terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina.Saidina Ali pernah menyatakan; “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.

Buah Tiin
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaannya. (Surah –Tiin)Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paling tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

Habbatus Sauda’
Khasiat Habbatus Sauda’ di ketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda; “ Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)”. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Madu
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud; “ Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia”. Al-Quran mengiktirafnya sebagai Asy-Syifa’ iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silica dan lain-lain untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda; “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu”

Kismis
Imam Az-Zuhdi berkata; “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan Zabib (kismis)”.Ada hadis yang menyebut; “Sebaik-baik makanan ialah buah Zabib(kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”.

Khasiat dan kelebihan buah zuriat

Buah Zuriat juga dikenali sebagai Buah Hawa atau Buah Adam merupakan buah yang sangat popular di kalangan jemaah haji dan umrah.




Di negara Arab, buah ini dikenali sebagai Doum. Di negri arab, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.

Ianya dibelah dua kemudian direbus dan diminum air rebusan tersebut setiap hari.

Ada petua yang hanya merebus kulit dan ada juga yang merebus biji dan ada yang merebus kulit dan biji sekaligus.

Sudah ramai yang berjaya hamil dengan meminum air rebusan Buah Zuriat.

Khasiatnya: -

-Untuk darah tinggi mahu pun darah rendah
-Membetulkan hormon dalam badan kita
-Menghilangkan lenguh2 di seluruh badan
-Menambahkan tenaga
-Melancarkan kedatangan haid
-Menyebabkan kehamilan (semua dgn izin Allah S.W.T)


Tips-tips

1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”.
Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.



















Like Page :







Your Beauty




Produk dan Info Kesihatan dan Kecantikan


Page: 28 like this

Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?


Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat.

Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Dalam kebanyakan kehamilan, pendarahan ringan tidak mendatangkan masalah dan dianggap sebagai "salah satu perkara biasa sahaja". Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mengambil serius terhadap sebarang pendarahan semasa kehamilan dan mendapatkan pemeriksaan doktor.


Like Page :

Your Beauty
Produk dan Info Kesihatan dan Kecantikan

Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil?


Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan dan pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan dan disebabkan oleh:

Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali, sekitar waktu anda biasanya datang haid semasa anda belum hamil.

Pelekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Jenis pendarahan ringan ini biasanya berlaku selama satu atau dua hari.
Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?

Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.
Malangnya, terdapat beberapa penyebab pendarahan lain semasa awal kehamilan yang merupakan berita buruk, iaitu keguguran dan kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Pendarahan jenis ini biasanya turut disertai dengan sakit perut dan kekejangan.

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.

Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

Satu lagi punca pendarahan ialah kehamilan molar. Kehamilan molar menjejaskan 2.8 daripada 1,000 kehamilan di Malaysia. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk melindungi kesihatan anda, kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera.

Kesemua penyebab pendarahan yang disebutkan di atas mempunyai kaitan dengan apa yang sedang berlaku dalam badan anda. Namun ada juga kemungkinan pukulan daripada luar perut anda mencetuskan pendarahan. Ia boleh disebabkan oleh jatuh, kemalangan jalan raya atau tumbukan secara langsung pada perut. (Ketahui lebih lanjut mengenai isu-isu melibatkan keganasan rumah tangga.)

Kebaikan berpelukan suami dan isteri..

Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.

Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.

Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.

Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.

Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.

Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.

#Info DrZubaidi HjAhmad


Tips untuk Hamil...

#untuk pasangan yg halal sahaja.


1) 30-60 minit sebelum melakukan hubungan intim pastikan anda buang air kecil dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersihnya.


2) Setelah selesai melakukan seks jangan banyak bergerak atau bangun.sebaiknya terus tidur atau baring dalam masa 30-60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalam faraj dan mencari telur ovari.

3) Jangan sekali-kali membersihkan faraj anda setelah selesai melakukan hubungan intim bersama suami anda.

4) Lakukan persetubuhan pada hari yang subur(biasanya hari ke 14)sekurang-kurangnya 5 kali..

5) Sebelum ejakulasi pastikan zakar suami betul-betul keras dan masukkan kedalam faraj sedalam yang mugkin dan pancutlah air mani dengan laju.

6) Gunakan teknik dimana ianya memerlukan kedua kaki wanita kengkang keatas dan masukkan zakar yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus kefaraj dari arah depan.

7) cuba teknik dengan menggunakan lapik bantal dibawah punggung perempuan.tujuannya bagi memudahkan zakar masuk sedalam-dalamnya ke dalam faraj.teknik puteri saadong juga merupakan teknik yang hampir sama dengan teknik che siti wan kembang.teknik ini telah memberikan peratusan yang tinggi untuk wanita hamil.jadi anda juga boleh mencuba teknik ini.

8) petua cepat hamil seterusnya ialah apabila anda selesai memancutkan air mani ke dalam faraj biarkan zakar di dalam faraj untuk beberapa minit.apabila zakar anda sudah kecut barulah anda tarik keluar.


Like Page :





Your Beauty
Produk dan Info Kesihatan dan Kecantikan


Page: 28 like this

Wednesday 19 June 2013

Bilakah saya boleh mencuba untuk hamil lagi selepas mengalami keguguran?

Kebanyakan doktor mengesyorkan anda tunggu sehingga anda mendapat sekurang-kurangnya satu kali haid yang normal sebelum mencuba lagi . Ini bagi memberi peluang kepada badan anda untuk kembali normal. Tetapi jangan lupa bahawa anda juga perlu sembuh dari segi emosi sebelum anda bersedia untuk cuba hamil lagi.

Jika Hamil semula selepas "keguguran"


Atasi setiap hari satu persatu 
Sudah tentu nasihat untuk menangani hidup sehari demi sehari lebih mudah ditutur daripada dibuat, tapi itulah caranya. Apabila anda mula berasa runsing tentang masa depan, hentikannya dan fikirlah tentang hari ini sahaja. 

Selidik apa yang berlaku 
Apabila anda tergugur kandungan, anda mungkin terlalu terperanjat dan susah hati untuk menelitikan butir-butir tentang apakah puncanya. Minta doktor anda periksa nota-nota anda bersama anda supaya anda dapat memahami kes anda. Ada kemungkinan besar yang masalah yang serupa tidak mungkin akan berlaku sekali lagi. 

Jadilah pakar tentang pengalaman anda 
Jika kehilangan lalu didiagnosis sebagai ovum terjejas  atau akibat kelemahan serviks, contohnya, bacalah seberapa banyak yang boleh tentang masalah-masalah itu. Anda mungkin berasa lebih mampu mengawal keadaan anda jika anda memahami apa yang telah berlaku pada masa lalu. 

Malangnya, kebanyakan keguguran tidak menunjukkan sebab yang jelas. Sebenarnya, sesuatu keguguran lalu, ataupun dua, amat sedikit sangat mempengaruhi kejadian satu lagi keguguran di masa depan. Sebahagian besar wanita yang keguguran bayi terus mengalami kehamilan normal yang sihat. 

Cuba senaman yang menenangkan 
Keadaan relaks mungkin membantu anda untuk berfikir dengan tenteram tentang bayi anda dan apakah perasaan anda bila ia tiba. Anda akan selalu terkenang akan bayi yang telah gugur. Justeru, gunakan masa ini untuk mendapatkan perspektif wajar bagi apa jua perasaan ketidaksetiaan yang akan dirasai dan belajarlah menyayangi bayi ini pula sekarang. Mungkin amalan bercakap dengan bayi anda dapat membantu proses menjalin ikatan antara anda berdua. 

Kongsilah kebimbangan anda 
Jangan rasakan yang anda perlu melalui perasaan sedih ini bersendirian. Suami anda mengalami kehilangan juga. Anda berdua boleh menyokong satu sama lain tetapi ingat bahawa situasi ini rumit bagi sesetengah bapa. Ada yang memikirkan yang berkongsi perasaan dengan isteri hamil mungkin akan menyebabkan dia merasa lebih runsing. Cuba memahaminya jika suami anda lebih gemar membincangkan perasaannya dengan orang lain. 

Minta kawan menemani apabila diperlukan 
Melawat semula klinik atau hospital yang anda biasa lawati apabila anda hamil dahulu mungkin membawa kenangan yang menyedihkan. Minta suami anda, kawan rapat atau ahli keluarga untuk pergi bersama anda. 

Berbincanglah dengan doctor anda secara kerap 
Mendapatkan pemeriksan anternatal yang kerap dapat menenangkan anda bahawa bayi anda itu membesar dengan baik. Beritahu doktor tentang kebimbangan anda. Simpan satu senarai soalan-soalan yang anda hendak soal supaya semua perkara diambilkira apabila anda berjumpa dengannya. 

Minta supaya dapat berjumpa doktor bukan sahaja untuk janji temu tetapi juga untuk mendengarkan denyutan jantung bayi anda atau untuk membuat skan ultrasound  yang lebih, jika ia dapat membuat anda berasa lebih nyaman. 

Thursday 13 June 2013

Pemakanan sihat semasa hamil

Baru hamil?

Jika anda baru sahaja tahu yang anda hamil, tahniah! Memandangkan sekarang anda bakal menjadi ibu, anda mungkin tertanya-tanya apa yang anda boleh dan tidak boleh makan, dan berapa kalori yang anda perlukan. Seksyen nutrisi kehamilan kami mempunyai kesemua jawapannya.

Pada masa ini anda mungkin tidak begitu berselera, terutamanya jika anda mengalami mabuk hamil pagi. Tetapi cubalah makan secara sihat apabila anda boleh. Diet yang sihat akan membuatkan anda berasa lebih baik dan akan membantu bayi mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukannya untuk membesar. Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit serta kerap meminum air boleh membantu menangani loya dan keletihan yang sedang anda alami sekarang.

Berbeza daripada apa yang sering anda dengar, anda tidak perlukan kalori tambahan dalam dua trimester yang pertama, jadi jangan fikir yang anda perlu makan untuk dua orang.

Fokus pada asid folik

Juga dikenali sebagai folat atau folasin, asid folik termasuk dalam salah satu kumpulan vitamin B. Ia penting semasa kehamilan kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa nutrien yang diketahui boleh mengelakkan kecacatan kelahiran tiub neural seperti spina bifida. Badan anda juga memerlukannya untuk menghasilkan sel-sel darah merah serta norepinefrin dan serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf anda). Ia membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan) yang mengnormalkan fungsi-fungsi otak dan merupakan satu komponan penting dalam cecair saraf tunjang.

Pakar mengesyorkan setiap wanita yang merancang untuk hamil atau dalam 12 minggu pertama kehamilan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan.

Selain daripada mengambil makanan tambahan, pakar juga mengesyorkan supaya diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan folat. Berikut adalah beberapa resipi enak yang boleh memberi ilham kepada anda.
fruit and veg






Makan tengah hari: sup brokoli dan kacang pis

Hidangan untuk empat orang

Sup brokoli merupakan hidangan makan tengah hari yang bagus kerana ia mudah dihadam dan kaya dengan folat. Hidangkannya dengan roti berkerak yang disapu dengan hummus rendah lemak untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Resipi ini menggunakan susu soya yang diperkaya, maka ia sesuai untuk mereka yang vegetarian, tetapi anda boleh juga menggunakan susu lembu skim jika anda suka. Sup ini juga boleh disejuk-beku.

Bahan-bahan
2 sudu besar minyak zaitun atau minyak sesawi
1 biji bawang besar, dicincang kasar
500g brokoli, dicincang kasar
150g kacang pis beku
500ml susu soya diperkaya dan tanpa gula (atau susu lembu separa skim)
500ml stok sayuran
Lada hitam sebagai perasa

Cara-cara
Tumiskan bawang hingga lembut selama kira-kira 10 minit. Masukkan brokoli dan kacang pis dan masak selama beberapa minit sambil dikacau. Masukkan susu soya dan stok sayuran, dan biarkan sup mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan renih selama kira-kira 20 minit hingga brokoli lembut.

Tuang sup tadi ke dalam pemproses makanan atau pengisar, atau guna pengisar berbatang dan kisar hingga halus. Hidangkan segera.

Snek: oren dengan halwa halia dan kurma

Segarkan diri anda pada minggu-minggu pertama ini dengan oren segar. Oren mempunyai indeks glicemik (GI) yang rendah. Ini bermakna ia akan memecahkan glukosa dengan perlahan-lahan dan mantap, seterusnya membantu menstabilkan gula dalam darah anda.

Kupas sebiji oren dan hirisnya secara menegak. Susunkannya di atas pinggan. Cincang beberapa biji kurma dan taburkan di atas hirisan oren tadi. Kemudian taburkan pula halwa halia yang dicincang halus. Halia baik untuk menghilangkan loya dan menaikkan rasa buah oren.

Makan malam: kaserol daging dan kacang mata hitam (black eye beans)

Kacang mata hitam sangat tinggi kandungan folatnya dan merupakan sumber serat yang baik. Mencampurkannya dalam stew yang enak adalah cara yang mudah untuk memasukkan kekacang dalam diet anda. Resipi ini memberi hidangan untuk empat orang dan sesuai disejuk-beku.

Bahan-bahan
1 biji bawang besar, dicincang kasar
500g daging, dipotong kiub
1 tin besar (400g) kacang mata hitam, ditos dan dibilas
1 sudu besar paprika
2 sudu besar tomato sundried, ditos dan dicincang
1 sudu besar tepung gandum
400ml air
2 helai daun bay
Lada hitam

Cara-cara
Tumis bawang hingga kecoklatan. Tutup api dan masukkan bawang yang telah ditumis ke dalam bekas kaserol. Masukkan daging, kacang, paprika dan tomato. Taburkan tepung dan kacau.

Masukkan air dan daun bay, dan kacau. Tutup bekas dengan penutupnya atau dengan kerajang aluminium dan masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah C. Bakar selama satu setengah jam sambil dikacau sekali-sekala.

Letakkan kentang jaket ke dalam ketuhar bersama-sama stew tadi, dan hidangkan dengan brokoli atau bayam kukus dan lobak merah atau jagung manis.

Dapatkan pula cara untuk makan secara sihat dalam minggu kesembilan hingga kedua belas kehamilan.

Thursday 6 June 2013


Berdoa dengan Al Asmaa ul Husna
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan segala isinya ini mempunyai nama-nama yang banyak. Nama-nama itu bukan hanya sekadar nama, tetapi nama-nama yang bagus lagi indah yang sesuai dengan penyataan yang diberikan. Nama itu disebut “Al Asmaaul Husna”. Terdapat 99 yang apabila disebut nama itu akan mempunyai pengaruh dan manfaat yang besar dan hebat sekali terhadap pekerjaan yang sedang kita lakukan dan juga bagi orang yang telah melakukan sesuatu tugas itu. Maka kita dianjur dan digalakkan untuk berdoa dengan “Al Asmaa’ul Husna” tersebut. .

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Dan bagi Allah itu nama-nama yang Indah/Baik, berdoalah dengannya (dengan menyebut nama-nama yang baik itu – Asma ul-Husna).”   Surah al-A’raf 7:180

Berikut adalah doa-doa daripada Asmaa’ul Husna, iaitu doa-doa yang diawali dengan nama nama Allah yang baik. Allah SWT telah menggalakkan agar hamba-Nya berdoa dengan menggunakan nama-nama-Nya, kerana dengan nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah dikabulkan.

 Apabila seorang hamba berdoa dengan menggunakan “Asmaa’ul Husna”, Allah SWT akan merasa senang hati untuk memakbulkan permintaan hamba-Nya itu. Maka janganlah kita lepaskan peluang yang baik ini. Kita boleh gunakan kesemua 99 nama Allah atau kita boleh memilih mana-mana nama Allah yang sesuai dengan doa yang akan diminta.

Alhamdulillahi rabbil a’lamin, Allahuma solli a’la Muhammad wa a’laa aalihi wa ashaabihi ajamaiin.

Ya Allah! Dengan menadahkan tangan-tangan kami ini kepada-Mu, kami mengharapkan Rahmat-Mu; Sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasi segala sesuatu.

Ya Allah! Kami beriman kepada-Mu, kewujudan-Mu dan Kebesaran-Mu; Dikaulah Yang Maha Agung dan Maha segala-galanya.




1.  Ya Allah! Ya Rahman, Ya Rahim, Dikaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya melainkan hanya Dikau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.

2.  Ya Allah! Ya Malik, Raja kepada segala raja, kepimpinan-Mu adalah yang terbaik dan akan membawa kepada kebaikan, tidak ada yang lebih baik kepimpinannya melainkan hanya Dikau. Kami redha menjadikan-Mu sebagai Pemimpin kami, yang lebih berhak dipatuhi daripada segala pemimpin yang lain.

3.  Ya Allah! Ya Quddus, yang Maha Suci, Dikaulah Tuhan yang bersih daripada segala kelemahan, menyembuh dan mentaati hanya kepada-Mu tidak akan merugikan kami. Sesungguhnya segala pengharapan yang dicurahkan kepada selain Dikau selalu mengecewakan; Kami redha mempertuhankan Dikau Zat yang Maha suci.

4.  Ya Allah! Ya Salam, yang Maha Selamat, berikanlah keselamatan kepada kami dan ahli keluarga kami. Peliharalah kami semua daripada segala macam kejahatan dan keburukan. Selamatkanlah kami dengan kebesaran nama-Mu ini daripada segala bencana dunia dan akhirat.

5.  Ya Allah! Ya Mukmin, yang Maha Aman, amankanlah kami daripada segala yang kami takuti. Amankanlah ahli keluarga kami daripada segala sengketa, amankanlah kejiranan kami, amankanlah kawasan kami dan amankanlah negara kami daripada segala kejahatan dan keburukan. Kami sedar bahawa, tidak ada nikmat yang lebih baik daripada hidup dalam keadaan aman sentosa, rukun dan damai.

6.  Ya Allah! Ya Muhaimin, yang Maha Memelihara, peliharalah kami daripada segala yang tidak kami kehendaki. Peliharalah kami daripada segala yang keji, peliharalah kami daripada segala penyakit dan iri, peliharalah kami daripada hasad dan dengki. Sesungguhnya sesiapa yang dipelihara oleh-Mu akan selamatlah daripada segala yang tidak baik.

7.  Ya Allah! Ya Aziz, yang Maha Mulia, Dikaulah yang termulia, agama-Mu adalah mulia, Nabi-Mu adalah mulia, kitab-Mu adalah mulia, maka masukkanlah kami di kalangan yang mulia.

8.  Ya Allah! Ya Jabbar, yang Maha Perkasa bantulah kami yang lemah ini, mengatasi segala muslihat mereka yang memusuhi kami. Berikanlah kekuatan-Mu kepada kami.

9.  Ya Allah! Ya Mutakabbir, yang Maha Megah, Dikaulah berhak untuk memiliki sifat ini, kerana tidak ada yang lebih hebat daripada Dikau, maka jauhkanlah kami daripada sifat bermegah-megah hingga menyebabkan kami berhak menerima kemurkaan-Mu.

10.  Ya Allah! Ya Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau cukuplah sudah anak-anak yang telah Dikau berikan kepada kami. (mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami.

11.  Ya Allah! Ya Bari’, Yang Maha Pembuat, buatkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan membinasakan kami.

12.  Ya Allah! Ya Mushawwir, yang Maha Pembentuk, bentuklah untuk kami apa yang kami kehendaki, bentuklah untuk kami zuriat lelaki/perempuan, kembalikanlah kesempurnaan kami, hanya Dikau sahaja yang berkuasa untuk membentuk dan mengubah segala bentuk.

13.  Ya Allah! Ya Ghaffar, kami meminta keampunan-Mu, ampunilah kami ya Allah, seandainya Dikau tidak mengampunkan kami, pastilah kami akan sengsara dunia dan akhirat.

14.  Ya Allah! Ya Qahhaar, yang Maha Pemaksa, kasihanilah kami, dan jangan Dikau paksa kami melakukan sesuatu yang kami tidak mampu melakukannya, janganlah Dikau paksakan kepada kami ujian yang terlalu berat untuk kami, sebaliknya Dikau paksalah mereka, fulan bin fulan (sebut nama-nama) atau sesiapa sahaja untuk menerima kami dan apa-apa daripada kami. Dikaulah maha segala-galanya, dan paksakanlah musuh-musuh kami untuk melakukan sesuatu yang baik untuk kami.

15.  Ya Allah! Ya Wahhab, wahai Tuhan yang Maha Pemberi, berikanlah kepada kami apa sahaja yang kami perlukan, (sebutkan apa yang diperlukan), sesungguhnya apa yang Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat menghalang, dan apa sahaja yang tidak Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat memberinya.

16.  Ya Allah! Ya Razzaq, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, berikanlah kepada kami rezeki-Mu yang banyak, cukukanlah keperluan kami, cukupkanlah keperluan anak-anak kami, cukupkanlah keperluan ahli keluarga kami, janganlah sampai kami terpaksa meminta-minta akibat daripada kekurangan rezeki.

17.  Ya Allah! Ya Fattaah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesukaran kami.

18.  Ya Allah! Ya A’liim, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Dikau mengetahui sesuatu yang kami tidak ketahui, Dikau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu, berikanlah kepada kami apa yang Dikau ketahui baik untuk kami dunia dan akhirat, jauhkanlah dari kami apa-apa yang Dikau ketahui tidak baik untuk kami dunia dan juga akhirat.

19.  Ya Allah! Ya Qaabidh, wahai Tuhan yang Maha Pencabut, cabutlah segala keburukan yang ada pada kami, dan janganlah Dikau cabut nikmat yang Dikau telah berikan kepada kami lantaran daripada kelalaian dan kesilapan kami, sesungguhnya akan binasalah kami tanpa nikmat daripada-Mu. Sebaliknya Dikau cabutkan sahaja kekuasaan yang ada pada musuh kami .

20.  Ya Allah! Ya Baasith, wahai Tuhan yang Maha Meluas, kuasa-Mu adalah luas, nikmat-Mu adalah luas, Rahmat-mu adalah luas, segala-gala kepunyaan-Mu adalah luas, luaskan Rahmat-Mu kepada kami, luaskan pemberian-Mu kepada kami, luaskanlah pemeliharaan-Mu kepada kami.

21. Ya Allah! Ya Khaafidh, wahai Tuhan yang Maha Menjatuhkan, Dikau akan menjatuhkan siapa yang Dikau kehendaki, maka jatuhkan mereka yang memusuhi kami, jatuhkanlah mereka yang berniat mengkhianati kami, Dikaulah maha segala-galanya dan kami tidak ada kuasa dan upaya.

22.  Ya Allah! Ya Rafi’, wahai Tuhan yang Maha Mengangkat, angkatlah darjat kami disisi-Mu, angkatlah darjat kami di dunia dan juga di akirat. Angkatlah darjat kami di sisi mereka yang menghina kami.

23. Ya Allah! Ya Mu’iz, wahai Tuhan yang Maha Memuliakan, Dikau memuliakan sesiapa yang Dikau kehendaki, maka muliakanlah kami di dunia dan akhirat, muliakanlah kami di sisi mereka yang memandang rendah kepada kami. Kalau tidak kepada-Mu, kepada siap lagi hendak kami berserah diri.

24. Ya Allah! Ya Mudzil, wahai Tuhan yang Maha Penghina, tidak akan mulia orang yang Dikau hina dan tidak akan hina orang yang Dikau muliakan, maka kepada Dikaulah tempat kami menaruh pengharapan kami; Sesungguhnya Dikau tidak akan mensia-siakan kami, janganlah Dikau masukkan kami di kalangan mereka yang hina.

25. Ya Allah! Ya Sami’, wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkan segala rintihan kami, dengarlah segala doa dan permintaan kami, janganlah Dikau palingkan diri-Mu daripada kami, lantaran daripada kederhakaan kami, ampunilah kami.

26. Ya Allah! Ya Basir, wahai Tuhan Maha melihat, Dikau melihat siang dan malam, Dikau melihat gelap dan terang, kepada-Mulah kami menyerahkan diri kami, kami lemah tanpa penglihatan-Mu, Dikau dengarkanlah untuk kami apa yang baik untuk kami, Dikau lihatkan untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami, siang dan malam, gelap dan terang.

27.  Ya Allah! Ya Hakam, wahai Tuhan yang Maha Penentu Hukum, segala hukum-hukum-Mu adalah yang paling adil, hukumkan yang baik untuk kami, dan hukumkanlah yang sebaliknya untuk mereka yang berniat jahat kepada kami. Dikaulah yang Maha Menghukum, dan hukuman-mu adalah dahsyat, jauhkanlah kami daripada mendapatkan hukuman yang buruk daripada-Mu.

28. Ya Allah! Ya A’dl, wahai Tuhan yang Maha Adil, tidak ada yang lebih Adil daripada-Mu, kepada Keadilan-Mu kami beriman, jadikanlah kami orang yang adil, jadikanlah kami ibu/bapa yang adil, jadikanlah kami di kalangan mereka yang sentiasa bersikap adil.

29. Ya Allah! Ya Latif, wahai Tuhan yang Maha Lembut, lembutkanlah kami, lembutkanlah hati kami, lembutkanlah hati fulan bin fulan (sebutkan nama) terhadap kami.

30. Ya Allah! Ya Khabir, wahai Tuhan yang Maha Berwaspada, kewaspadaan-Mu mencakupi segala perkara, peliharalah kami daripada segala mala petaka.

31.  Ya Allah! Ya Halim, wahai Tuhan yang Maha Penyantun, layanilah kami dengan kesantunan-Mu, kami berlindung diri dengan-Mu daripada segala kekerasan-Mu.

32. Ya Allah! Ya A’zim, wahai Tuhan yang Maha Agung, Dikaulah yang paling agung, tidak ada yang lebih agung daripada-Mu, bantulah kami daripada segala pemimpin dan penguasa yang zalim, Dikaulah maha segala-galanya.

33. Ya Allah! Ya Ghafur, wahai Tuhan yang Maha Pengampun, ampunkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami, tukarkan kejahatan kami yang lalu dengan kebaikan. Hapuskanlah segala dosa-dosa kami, Kami berharap agar dapat mati dengan keadaan tiada dosa ya Allah, sesungguhnya azab-Mu menanti mereka yang berdosa.

34. Ya Allah! Ya Syakur, wahai Tuhan yang Maha Menghargai segala amalan kebaikan hamba-Nya, tatkala manusia tidak menghargai segala usaha kebaikan kami kepada mereka, maka Dikau hargailah segala kebaikan amalan kami, Dikaulah yang mengetahui akan kesungguhan kami, janganlah Dikau sia-siakan segala amalan kami, kami sedar amalan kami terlalu banyak cacat dan kekurangannya, maka dengan nama-Mu ini kami bermohon semoga Dikau terima segala amalan-amalan kami.

35. Ya Allah! Ya A’liy, wahai Tuhan Maha Tinggi, tiada yang lebih tinggi kedudukannya melainkan hanya Dikau, maka tinggikanlah juga kami dalam penghidupan ini dan janganlah Dikau merendahkan kami.

36. Ya Allah! Ya Kabir, wahai Tuhan yang Maha Besar, tiada yang memiliki kebesaran selain Dikau, jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang akan sentiasa membesarkan-Mu, janganlah Dikau jadikan kami di kalangan mereka yang membesarkan penghidupan dunia, membesarkan harta, membesarkan kedudukan dan pangkat, membesarkan manusia. Kami sedar sikap sedemikian hanya akan menyebabkan Dikau murka, maka jauhkanlah kami daripada segala yang menyebabkan kemurkaan-Mu.

37.  Ya Allah! Ya Hafiz, wahai Tuhan yang Maha Memelihara, peliharalah kami semua, peliharalah anak-anak kami daripada segala bencana keburukan, peliharalah kesemua ahli keluarga dan mereka yang kami sayangi daripada segala yang tidak diingini, bencana, wabak, penyakit, kemiskinan, perangai dan lain-lain keburukan.

38. Ya Allah! Ya Muqith, wahai Tuhan yang Maha Menepati Waktu, tiada yang lebih daripada-Mu, setiap ciptaan-Mu telah Dikau berikan tempoh dan masa, berikanlah kami waktu yang membolehkan kami berbakti kepada-Mu, sebaliknya Dikau matikan kami bilamana Dikau ketahui dengan waktu itu kami hanya akan menjauhi-Mu.

39. Ya Allah! Ya Hasib, wahai Tuhan yang Maha Penghitung, tiada siapa yang lebih tepat dan cepat menghitung daripada-Mu, dengan keimanan kami terhadap nama dan sifat-Mu ini, maka berilah perhitungan yang baik kepada amalan baik kami dan janganlah Dikau ambil kira keburukan dan kejahatan kami, ampunkanlah segala kesalahan kami yang lalu.

40. Ya Allah! Ya Jalil, wahai Tuhan yang memiliki sifat Keagungan, tiada yang lebih agung daripada-Mu, terimalah pengakuan ikhlas kami ini dan tetapkanlah kami dalam keimanan ini, bahawa tiada yang lebih agung dalam kehidupan kami melainkan Dikau.

41.  Ya Allah! Ya Karim, wahai Tuhan yang Maha Mulia, tiada yang lebih mulia daripada-Mu, maka muliakan kami yang beriman kepada kemuliaan-Mu, hinakanlah mereka yang tidak beriman kepada kemuliaan-Mu.

42. Ya Allah! Ya Raqib, wahai Tuhan yang Maha mengawas, pengawasan-Mu mencakupi setiap pelusuk alam ini, tiada satu pun yang terluput daripada pemerhatian-Mu, maka berikanlah pengawasan-Mu kepada kami, perhatikanlah anak-anak kami, ahli keluarga kami, harta benda kami semasa ketiadaan kami.

43. Ya Allah! Ya Mujib, wahai Tuhan yang Maha Memperkenankandoa, perkenanlah segala permintaan kami, janganlah Dikau biarkan tangan-tangan yang menadah ini dalam keadaan kosong dan sia-sia, kasihanilah kami, cukupkanlah segala keperluan kami, jauhkan kami daripada keterpaksaan meminta dan mengemis, hanya kepada-Mulah tempat kami meminta.

44. Ya Allah! Ya Wasi’, wahai Tuhan yang Maha Luas, kurniaan-Mu adalah luas, Rahmat-Mu juga adalah luas, maka luaskanlah kurniaan dan rahmat-Mu kepada kami.

45. Ya Allah! Ya Hakim, wahai Tuhan yang Maha Bijaksana, tiada yang lebih bijak daripada-Mu, kebijaksanaan-Mu meliputi ciptaan-Mu dan segala hukum penetapan-Mu, maka dengan keimanan kami terhadap kebijaksanaan_mu ini, berikanlah kebaikan daripadanya jadikanlah kami di kalangan mereka yang sentiasa menyanjungi ciptaandari hukum-hukum-Mu, termasuk juga hukum syariat-Mu, janganlah Dikau jadikan hati dan pemikiran kami meremehkan hokum-hukum-Mu.

46. Ya Allah! Ya Waduud, Dikaulah Tuhan yang Maha Menyintai, cinta-Mu adalah hakiki, cinta-Mu adalah sejati, maka cintailah kami, teruskan menyintai kami dan jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang menyintai-Mu, menyintai Nabi utusan-Mu, menyintai kitab-Mu, meyintai agama-Mu dan menyintai segala orang yang Dikau cintai. Jadikanlah harti kami benci kepada segala yang Dikau benci.

47.  Ya Allah! Ya Majiid, Dikaulah yang Maha Pemurah, murahkanlah kurniaan-Mu kepada kami, murahkan rezeki-Mu kepada kami.

48. Ya Allah! Ya Baa’ith, Tuhan yang Membangkitkan, kami beriman bahawasanya Dikau akan bangkitkan kami sesudah mati nanti, bangkitkanlah kami dalam kebaikan dan bersama orang-orang yang baik, bangkitkanlah kami untuk mendapatkan kebaikan, kemuliaan dan keindahan syurga-Mu. Janganlah Dikau bangkitkan kami dalam keadaan dosa yang tidak terampun, ingatkanlah kami kepada hari pembangkitan-Mu, janganlah Dikau lalaikan kami daripadanya.

,

Ya Allah! Ya Tuhan kami, dengan menggunakan sebahagian daripada nama-nama-Mu yang baik ini, kabulkanlah permintaan kami. Dikau telah menjanjikan akan mengkabulkan permintaan mereka yang berdoa dengan menggunakan nama-nama-Mu. Kabulkanlah permintaan kami ya Allah, janganlah Dikau sia-siakan doa kami ini.

Kami beriman kepada-Mu, beriman kepada nama-nama-Mu, dan beriman kepada sifat-sifat-Mu yang agung. Tiada Tuhan melainkan hanya Dikau, tiada yang berkuasa melainkan hanya Dikau.

Wa solallaahu a’laa nabiyyikal karim wa a’laa aalihi wasohbihi ajmain, wal hamdulillahi rabbil a’lamin.

Tuesday 28 May 2013

Rawatan dan Doa Angin Ahmar

Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan (lumpuh), yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad s.a.w umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut di samping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar(Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad s.a.w dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah s.w.t telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Rasulullah lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakini doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.





Memadai kita amalkan sekali sepanjang hayat kita doa atau ayat seperti yang tertera di bawah. Namun jika berkesempatan masa lebih elok diamalkan selalu.










Doa lengkap elak Angin Ahmar :









































Maksud doa:


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.


Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.


Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.


Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.


Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.


Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.


Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.


Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.


Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.






Doa ringkas elak Angin Ahmar :



لا إله إلا الله، والله اكبر، سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله اكبر،ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، اللهم إني أعوذبك مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحِومن شرِّ ما جَاءَتْ به وعافِنِي وأهْلِي وأوْلادِي مِنْهُ، إنك على كُلِّ شيءٍ قـدير
Maksud doa:


Ya Allah aku memohon perlindunganMu daripada kejahatan angin aḥmār ini, dari segala kejahatan yang dibawa darinya, dan sembuhkanlah aku, kaum keluargaku, anak-anakku dari angin tersebut, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu.


Monday 20 May 2013

Sukar Hamil Tanpa Sebab yang Diketahui



Walaupun belum ada kajian saintifik yang teliti mengenai keberkesanan LUMIGLOW  tidak musatahil  produk ini  dapat membantu pasangan seperti ini.

Produk LUMIGLOW mengandungi bahan2 yg terdiri dari ekstrak dioscorea villosa, aloe vera kacang soya biji anggur dan vit E.

Bahan aktif utama produk ini adalah dioscorea villosa (Keladi Liar) iaitu tumbuhan yg banyak didapati di Amerika Utara. Ia mengandungi bahan saponin diosgenin yang boleh ditukarkan menjadi hormone progesterone apabila berada dalam tubuh manusia.

Sebelum in keladi liar telah banyak digunakan oleh puak asli Amerika utk membantu wanita melegakan saki sengugut dan meredakan masalah berkaitan menopause. Malah ia juga digunaka untuk rawatan ketidaksuburan.

Mereka tidak menyedari bahawa bahan aktif dalanm keladi liar dioscorea villosa, iaitu Saponin diosgenin membantu dukun dukun puak asli Amerika merawat pesakit2 mereka.

Apabila dunia semakin moden  dan canggih,para saintis berjaya menghasilkan  ekstrak keladi liar ini,yg menjadi bahan utama dalam produk LUMIGLOW.

LUMIGLOW mempunyai kepekatan 3.5% diosgenin dari keladi liar dioscorea villosa, yang mencukupi untuk ditukar menjadi hormone progesterone yang terlibat secara langsung dalan kitaran haid wanita, proses kehamilan dan pembentukan janin (embryogenesis).

Bagaimana produk ini mampu membantu pasangan yang mengalami ketidaksuburan ini, masih lagi menjadi misteri sains namun di percayai disebabkan kandungan LUMIGLOW yang mempunyai bahan saponin diosgenin yang bertukar menjadi hormone progesterone dalam tubuh.

Hormone progesterone pula amat penting dalam proses kehamilan. Di awal proses persenyawaan progesterone adalah tarikan utama sperma untuk berenang merentasi laluan dalam rahim dan tiub fallopian sebelum berlakunya persenyawaan.

Setelah persenyawaan berlaku sekali lagi progesterone adalah hormone yang penting bagi mengekalkan kehamilan. Ini kerana progesterone adalah hormon yang bertanggungjawab menebalkan lapisan endometrium untuk penanaman benih yang telah di senyawakan.

Ramai wanita yg keguguran di awal kehamilan akibat mempunyai kepekatan hormon progesterone yang rendah . Oleh itu apabila ada tanda2 pendarahan  di awal kehamilan, doctor akan memberi hormon progesterone tambahan bagi mengurangkan  risiko keguguran.

Ada juga pasangan yg mengalami keguguran akibat tindak balas daya tahan (immune respone) seorang wanita terhadap janin anaknya. Dalam hal ini hormon progesterone yang mencukupi ketika di awal kehamilan dapat membantu mengurangkan tindak balas ini,dan mengurangkan risiko keguguran.

Progesterone juga dapat mengurangkan kecutan otot rahim tanpa sebab yang di ketahui yang boleh meyebabkan keguguran.

Secara teorinya progesterone yang dibekalkan dalam LUMIGLOW mungkin dapat membantu mereka yang mengalami ketidaksuburan seperti in dan membantu mereka yang sering keguguran di awal kehamilan.

Antara soalan yang sring dinyatakan ialah adalah cukap hanya dengan menyapu kream LUMIGLOW pada kulit untuk mendapat kesan yang baik ini

 
 
 
Banyak kream progesterone dijual di negara Eropah dan Amerika Syarikat dengan selamat kerana bahan aktif yang masuk  kedalam kulit melalui cara trademal sangat berkesan.

Produk LUMIGLOW ini juga tidak memerlukan prekripsi dari doctor kerana ia adalah hormon progesterone semulajadi dari tumbuhan keladi liar.

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata dan belum ada masa untuk mendapatkan pemeriksaan doctor, mungkin produk LUMIGLOW ini sesuai untuk dicuba.

# Produk ini mungkin tidak berkesan untuk wanita tetapi boleh di cuba untuk semua wanita yang ingin HAMIL.



 







50 LANGKAH BISTARI ISTERI MITHALI

50 LANGKAH BISTARI ISTERI MITHALI

 

1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.
2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.
3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.
4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.
5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.
6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.
7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.
8. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.
9. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
10. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.
11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.
12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.
13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.
14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami.
15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah sunah.
16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.
17. Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami stres.
18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.
19. Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik bagi suami anda.
20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa.
21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas kebaikan yang suami lakukan.
22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
23. Elakkan daripada menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.
24. Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan yang bakal menghancurkan rumahtangga.
25. Kejutkan suami untuk sembahyang malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan yang menarik hidayat dan menerangkan kubur.
26. Dalam kes berpoligami, jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar. Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.
27. Isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.
28. Benteng diri daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta’awuz, ayat kursi, sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat 3 ‘Qul’.
29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.
30. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang baik dan kurangkan berita yang buruk.
31. Jadikan Quran sebagai teman dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan dhuha.
32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami setiap masa kerana biasanya suami mati dahulu daripada isteri.
33. Jauhi perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain. Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin berlaku.
34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang jahil tak nampak hakikat ini.
35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri kita terima dengan redha dan syukur.
36. Kenal pasti punca yang menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.
37. Fahami kesan marah. Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.
38. Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik, jadilah kawan yang baik.
39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.
40. Ubat hati yang berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.
41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.
42. Suara yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.
43. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya ditolak.
44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.
45. Sentiasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib memuliakan orang yang suami kita sayang.
46. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan rumahtangga kita.
47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.
48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah kita.
49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat, istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita.
50. Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara sebaik mungkin

Friday 17 May 2013

Tip-tip penting untuk kurangkan loya dan muntah semasa hamil

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.

Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.
Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.


Tip-tip untuk kurangkan simptom

Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini
  • Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
  • Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
  • Hindarkan diri dari wangian
  • Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
  • Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
  • Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
  • Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah.

Thursday 16 May 2013

Mencuba Untuk Hamil? 5 Perubahan Besar Yang Perlu Dibuat Pada Diet Anda

Perbaiki diet anda

Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana kesuburan berkait rapat dengan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi lebih kalsium seperti yogurt dan susu. bagi kaum lelaki, amalkan memakan vitamin seperti Vitamin C dan E, Zinc, asid folik penting untuk pengeluaran sperma yang sihat. Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kedatangan haid dan menyebabkan sukar untuk kita meneka bilakah masa subur.

Ambillah vitamin tambahan

Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah. Mengambil vitamin tambahan akan memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meninggikan peluang untuk hamil dan mendapat anak yang sihat.
Pastikan anda cuma mengambil vitamin yang disarankan oleh wanita hamil dan pada dos yang tertentu sahaja kerana memakan vitamin yang terlalu berlebihan mungkin akan memberi kesan sampingan kepada bayi yang sedang membesar. Sebagai contohnya terlalu banyak vitamin A adalah toksik kepada perkembangan janin. Berbincanglah dengan doktor pakar untuk maklumat yang tepat tentang ubat yang sesuai untuk anda.







Makanlah asid folik sekurang-kuranya 4 mg sehari

Vitamin ini telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida dan telah dikaitkan dengan kurangnya risiko untuk mendapat sakit jantung, kanser dan kencing manis. Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai kecacatan saraf, anda disarankan mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi dan hendaklah diambil satu bulan sebelum anda merancang untuk hamil, dan sekiranya anda telah hamil, teruskan memakannya sehinggalah kandungan sekurang-kurangnya 3 bulan.
Pilihlah ubat multivitamin yang mempunyai cukup dos untuk asid folik dan makanlah sayuran yang kaya dengan folik seperti tumbuhan hijau, buah-buahan yang banyak mengandungi jus, bijirin dan roti yang mempunyai folik.

Hindarkan tabiat buruk

Jangan meminum alkohol, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi cafin. Hentikan terus ubat-ubatan herbal atau traditional yang anda makan sekarang dan pastikan anda cuma memakan ubat yang disarankan oleh doktor, yang telah dipastikan selamat untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga, jauhi dari rokok atau mereka yang merokok kerana ia boleh memberi kesan terhadap kandungan anda.

Dapatkan berat badan yang ideal





Mengurangkan sikit berat badan anda (atau menambahkan sikit berat badan sekiranya anda s eorang yang terlalu kurus) sebelum mencuba untuk hamil adalah disarankan sekiranya anda mahukan kandungan yang tidak bermasalah. Terlalu gemuk atau kurus boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Lagipun, wanita yang mengalami berat berlebihan mempunyai lebih komplikasi semasa hamil dan mereka yang terlalu kurus pula boleh mendapat bayi yang kecil atau kelahiran pra-matang.
Rancanglah pemakanan yang baik yang mempunyai kurang lemak, yang banyak serat. Amalkan banyak senaman dan cuba untuk kurangkan berat setengah kilogram satu minggu dan jangan terlalu keterlaluan untuk mengurangkan berat badan anda kerana anda mungkin akan kehilangan nutrisi dari badan anda. Sesuatu yang anda patut elakkan semasa mencuba untuk mengandung.

12 Sebab Mengapa Haid anda Lewat

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:


  • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
  • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
  • Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
  • Berlebihan hormon prolaktin:
    Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
  • Menyusu badan:
    Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
  • Masalah tiroid:
    Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
  • Gemuk:
    Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
  • Terlalu kurus:
    Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
  • Tersilap kira:
    Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
  • Menopos:
    Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
  • Pencegah hamil:
    Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
  • Hamil:
    akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

25 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!




Diantara perkara-perkara yang akan berubah selepas kita mempunyai anak

1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2. Kita akan merindui saat-saat 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak

5. Kita akan rasa jauh lebih sakit, jika anak kita jatuh sakit..

6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat

7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila anak kita poo-poo! ;p

10. Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana telah kehidupan berumah tangga telah lengkap dengan kehadiran anak

11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12. Kita akan menjadi photographer serba boleh apabila setiap detik aksi-aksi terbaru sang anak akan dirakamkan.


 





13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14. Kita akan mula mencari resepi-resepi baru untuk dijadikan menu apabila si anak menjangkau usia 6 bulan.

15. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat menyukainya.

16. Kita akan mencatat setiap perkembangan terbaru mengenai anak kita - senyum, ketawa, meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, bermain, berjalan dan sebagainya.

17. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan lebih memahami
situasi mereka.

18. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

19. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

20. Buat mereka yang rajin surf internet, mereka akan mencari online store yang menjual pelbagai barang-barang bayi dengan harga berpatutan dan mereka yang sukakan shopping di luar akan sentiasa mencari maklumat mengenai Mom & Baby Fair ?

21. Kita akan merasai betapa nikmatnya menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dirumah pada hari minggu.
 
 
 
 
 

 22. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

23. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita agak kaku

24. Kita akan berkira-kira untuk menambah cahaya mata setelah anak kita semakin meningkat usia walaupun di saat melahirkan pelbagai ayat terbit dari mulut. Contoh : Sakitttttt! Tobat taknak tambah lagi dah.. (Anak tu rezeki.. Kalau diberi lagi jangan ditolak.. Mungkin sebab terlalu sakit, maka terbit kata-kata sedimikian.. jadi dimaafkan..

25. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!