Translate

Friday 21 June 2013

Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil?


Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan dan pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan dan disebabkan oleh:

Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali, sekitar waktu anda biasanya datang haid semasa anda belum hamil.

Pelekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Jenis pendarahan ringan ini biasanya berlaku selama satu atau dua hari.
Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?

Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.
Malangnya, terdapat beberapa penyebab pendarahan lain semasa awal kehamilan yang merupakan berita buruk, iaitu keguguran dan kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Pendarahan jenis ini biasanya turut disertai dengan sakit perut dan kekejangan.

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.

Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

Satu lagi punca pendarahan ialah kehamilan molar. Kehamilan molar menjejaskan 2.8 daripada 1,000 kehamilan di Malaysia. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk melindungi kesihatan anda, kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera.

Kesemua penyebab pendarahan yang disebutkan di atas mempunyai kaitan dengan apa yang sedang berlaku dalam badan anda. Namun ada juga kemungkinan pukulan daripada luar perut anda mencetuskan pendarahan. Ia boleh disebabkan oleh jatuh, kemalangan jalan raya atau tumbukan secara langsung pada perut. (Ketahui lebih lanjut mengenai isu-isu melibatkan keganasan rumah tangga.)

No comments:

Post a Comment