Translate

Wednesday 19 June 2013

Jika Hamil semula selepas "keguguran"


Atasi setiap hari satu persatu 
Sudah tentu nasihat untuk menangani hidup sehari demi sehari lebih mudah ditutur daripada dibuat, tapi itulah caranya. Apabila anda mula berasa runsing tentang masa depan, hentikannya dan fikirlah tentang hari ini sahaja. 

Selidik apa yang berlaku 
Apabila anda tergugur kandungan, anda mungkin terlalu terperanjat dan susah hati untuk menelitikan butir-butir tentang apakah puncanya. Minta doktor anda periksa nota-nota anda bersama anda supaya anda dapat memahami kes anda. Ada kemungkinan besar yang masalah yang serupa tidak mungkin akan berlaku sekali lagi. 

Jadilah pakar tentang pengalaman anda 
Jika kehilangan lalu didiagnosis sebagai ovum terjejas  atau akibat kelemahan serviks, contohnya, bacalah seberapa banyak yang boleh tentang masalah-masalah itu. Anda mungkin berasa lebih mampu mengawal keadaan anda jika anda memahami apa yang telah berlaku pada masa lalu. 

Malangnya, kebanyakan keguguran tidak menunjukkan sebab yang jelas. Sebenarnya, sesuatu keguguran lalu, ataupun dua, amat sedikit sangat mempengaruhi kejadian satu lagi keguguran di masa depan. Sebahagian besar wanita yang keguguran bayi terus mengalami kehamilan normal yang sihat. 

Cuba senaman yang menenangkan 
Keadaan relaks mungkin membantu anda untuk berfikir dengan tenteram tentang bayi anda dan apakah perasaan anda bila ia tiba. Anda akan selalu terkenang akan bayi yang telah gugur. Justeru, gunakan masa ini untuk mendapatkan perspektif wajar bagi apa jua perasaan ketidaksetiaan yang akan dirasai dan belajarlah menyayangi bayi ini pula sekarang. Mungkin amalan bercakap dengan bayi anda dapat membantu proses menjalin ikatan antara anda berdua. 

Kongsilah kebimbangan anda 
Jangan rasakan yang anda perlu melalui perasaan sedih ini bersendirian. Suami anda mengalami kehilangan juga. Anda berdua boleh menyokong satu sama lain tetapi ingat bahawa situasi ini rumit bagi sesetengah bapa. Ada yang memikirkan yang berkongsi perasaan dengan isteri hamil mungkin akan menyebabkan dia merasa lebih runsing. Cuba memahaminya jika suami anda lebih gemar membincangkan perasaannya dengan orang lain. 

Minta kawan menemani apabila diperlukan 
Melawat semula klinik atau hospital yang anda biasa lawati apabila anda hamil dahulu mungkin membawa kenangan yang menyedihkan. Minta suami anda, kawan rapat atau ahli keluarga untuk pergi bersama anda. 

Berbincanglah dengan doctor anda secara kerap 
Mendapatkan pemeriksan anternatal yang kerap dapat menenangkan anda bahawa bayi anda itu membesar dengan baik. Beritahu doktor tentang kebimbangan anda. Simpan satu senarai soalan-soalan yang anda hendak soal supaya semua perkara diambilkira apabila anda berjumpa dengannya. 

Minta supaya dapat berjumpa doktor bukan sahaja untuk janji temu tetapi juga untuk mendengarkan denyutan jantung bayi anda atau untuk membuat skan ultrasound  yang lebih, jika ia dapat membuat anda berasa lebih nyaman. 

No comments:

Post a Comment